Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Parenting Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa?

Tips Parenting Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa?. Sudah memasuki hari ke-12 kita berpuasa di Malaysia dan Alhamdulillah dalam tempoh 12 hari ni Khalisha sudah 6 hari berpuasa penuh. Si adik, Hasya baru 4 hari, tu pun masa cuti hujung minggu jer. Bila dia sekolah, kat rumah bibik, katanya tak tahan bila tengok rakan-rakan lain makan. Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa?

Kalau cara MrJocko, masa kat rumah hujung minggu, antara cara nak pastikan anak-anak berpuasa dengan ajak dia sahur. Lepas cerita pasal orang yang susah dan tak ada makanan. Nampaknya my kids faham. Cara macam tu buat diaorang rasa lebih semangat nak puasa.

Sebaiknya, bagitahu mereka, berpuasa bukan sebab adat, tetapi sebab suruhan agama, ia wajib untuk semua umat Islam yang Akhil Baligh dan memenuhi syarat.

Baca : Hukum Guna Eyemo Ubat Titis Mata, Batal Puasa Ke Tidak?

 


Tips Parenting Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa

Bila siang, MrJocko bagi jer dia layan kartun atau movie kegemaran mereka. Tak pun, bagi jer dia main mainan kegemaran mereka supaya mereka leka. Petang lepas Zuhur, bagi diorang tido kejap. Pastu masa sebelum Asar kejut, siap semua mandi, boleh keluar untuk berbuka.

 

tips ajar anak berpuasa 02

tips ajar anak berpuasa 02
 

Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa

Masa nak berbuka, biasanya tanya dulu my kids nak makan apa. kalau semua dah setuju, kami pegi ke tempat yang diorang teringin nak makan. Tak pun MrJocko beli makanan kegemaran mereka di Pasar Ramadhan dan berbuka kat rumah.

Itu sahaja yang mampu MrJocko buat setakat ni. Mungkin berbeza dengan cara anda semua ajar anak-anak berpuasa. Setakat hari ini, tips yang MrJocko ajar anak puasa ini berkesan jugak.

Mungkin korang ada tips parenting sendiri dalam mengajar anak-anak berpuasa. Kalau ada boleh la share di ruangan komen. Cara korang mungkin lebih mudah, lebih baik dan mudah berkesan untuk anak-anak yang lain.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.