Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Macamana Saya Di Bayar RM10000 Tunai Untuk Blog?

Macamana Saya Di Bayar RM10000 Tunai Untuk Blog?. Saya tertarik dengan penulisan Otai Blogger hebat tulisan dan perkongsian Bro Ahmad Faizal aka Encik Titan di entry beliau ‘Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?‘ Ia sesuatu yang memang patut di baca oleh ramai blogger untuk dapatkan inspirasi, bagaimana cara terbaik untuk jana income dari Blog dan jadi blogger terbaik seperti Encik Titan.

Panjang lebar dia berkongsi dan jika anda mahukan ‘ilmu yang percuma’ dalam penulisannya ada banyak yang boleh anda belajar.

Lantas, selepas membaca perkongsian beliau, MrJocko turut sama berminat untuk berkongsi, Macamana Saya Dapatkan Job Berbayar RM10,000 Dalam Single Cheque untuk Blog? Bukan niat untuk mendabik dada, tetapi harap ia memberi info ringkas tentang karier sebagai seorang Blogger sebenarnya boleh memberikan hasil yang memuaskan, asalkan kena dengan caranya.

Di Bayar RM10000 Tunai Untuk Blog

Baca : Bagaimana Jana Pendapatan Dengan Menulis Blog

 


Macamana Saya Di Bayar RM10000 Tunai Untuk Blog?

Untuk Public Relation Agency atau Blogger Talent lain, jika berniat untuk dapatkan khidmat blogger, harap mereka boleh memberikan nilai yang berpatutan dan tidak terlalu mendesak dan mempergunakan blogger untuk kepentingan dan keuntungan yang berlebihan.

Bagaimana nak buat duit dengan blog?

Income Dari Blog, Blogger Malaysia

Income Dari Blog MrJocko di peringkat awal

Antara income awal yang MrJocko perolehi dari Blog MrJocko adalah hasil IKLAN Nuffnang. Ya, rasanya ramai blogger di Malaysia dapat income dari hasil letak iklan Nuffnang di Blog mereka. Selepas iklan Nuffnang, ada beberapa projek Advertorial dan Product Review khas untuk Blogger dan masa itu dapat la kumpul RM50 – RM100 untuk satu review. 

Selepas itu, income dari blog tidak datang dalam bentuk duit sahaja. Income dari blog datang dalam pelbagai cara. Mungkin ini yang ramai pembaca tidak tahu, income datang dalam bentuk Vouchers, Menang Peraduan, Lucky Draw, Products Reviews dan macam-macam lagi.

Kalau ada yang nak baca, boleh semak balik entry lama MrJocko di sini —>

http://www.mrjocko.com/tag/income-dari-blog

Macamana saya dapatkan ‘tajaan’ Business Class Emirates Trip ke Melbourne?

Untuk Business Class Trip trip ke Melbourne sebenarnya atas sokongan dan kerjasama pihak Majalah LIBUR. Ini semua hasil kerjasama MrJocko dengan pihak majalah selama beberapa tahun. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan pihak Majalah dan kini mereka memberi peluang kepada MrJocko untuk berkerjasama dengan pihak Emirates Airline dan juga Tourism Victoria. Ini adalah kerjasama MrJocko dengan agensi antarabangsa terbaik setakat ini.

Keseluruhan pakej trip mewah ini bernilai sekitar RM18,000 selama 6 hari 5 malam dan MrJocko diberikan tugasan untuk siapakan 2 artikel utama. Maksudnya, boleh diandaikan nilai RM9,000 bagi satu artikel. Berbaloi kan? Tetapi, sebenarnya, MrJocko siapkan lebih dari 30 Artikel berkenaan Emirates dan Tourism Victoria kerana  sebaiknya, kita berikan yang terbaik atas layanan dan servis mereka yang memang ‘First Class’ semasa di Melbourne.

Permulaan peluang kerjasama ini, semua bermula dengan Blog Travel yang tidak seberapa. Untuk cerita ke Melbourne, boleh baca kat sini —>

http://www.mrjocko.com/2015/01/business-class-emirates-pengalaman.html

Macamana Saya Di Bayar RM10,000 Tunai Untuk Menulis Di Blog

Mungkin kerana saya punyai sedikit kelebihan dalam beberapa kempen sebelum ini bersama banyak syarikat besar dalam menjayakan projek mereka, samada sebahagian dari team dan juga ‘menganjur’ kempen untuk mereka, saya diberikan kepercayaan untuk projek terbaru ini. Hasilnya MrJocko cadangkan untuk 1 bulan kempen promosi dan kempen informasi. Alhamdulillah, kami berjaya dan dibayar RM10,000 Tunai untuk Pakej Silver.

MrJocko sudah memberikan yang terbaik dengan memberikan extra 15 hari kempen serta tambahan perkongsian di laman Facebook, Twitter dan Instagram untuk projek ini dan harapan kami semoga pihak pelanggan berpuas hati.

Bagaimana Blogger dapat bayaran dari Blog?

income-dari-blog-top-bogger

bagaimana buat duit dengan blog income-dari-blog-05

Betul ke boleh buat duit dari Blog?

Namun, perkembangan dan corak pasaran ‘blogger’ di Malaysia tidak sebaik di Australia, Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain. Nilai di sini masih jauh murah berbanding negara luar.

Sebagai contoh, MrJocko pernah berkerjasama dengan Agensi Antarabangsa dari Singapura. Bila mereka meminta Rate Card Blog untuk MrJocko, nilai yang MrJocko beri adalah RM500. Namun, mereka begitu ‘generous’ dengan membayar MrJocko dengan nilai SGD500 (RM1,200). Best kan kalau blogger selalu dapat job dari Agensi Antarabangsa?

Dulu, saya cuma letak nilai sekadar RM10-RM50 sahaja untuk satu Blogpost dan Product Review. Ia mengambil masa beberapa tahun. Saya sedar, Unique Visitor dan pengaruh saya di Blog serta Media Social tidak la terlalu kuat untuk saya demand harga yang mahal.

Saya juga masih belum berjaya sepenuhnya dalam dunia Blog. Tetapi, jika ditanya berapa Rate Card MrJocko untuk 1 Entry Blogpost, saya tidak ragu-ragu untuk menetapkan RM500 bagi Satu (1) Blogpost. Itu nilai usaha dan jenama yang telah MrJocko bina selama ini. Untuk Pakej Bronze, Pakej Silver dan Pakej Gold, MrJocko tetapkan nilai RM5,000, RM10,000 dan RM15,000 setiap satu kempen selama sebulan.

InsyaAllah, kalau anda sebagai Blogger berikan yang terbaik, rezeki anda pun mungkin akan capai nilai lebih RM10,000 dalam ‘Single Cheque’ bagi satu tugasan di Blog 🙂

p/s : Saya bukan Top Blogger Malaysia dan bukan Blogger Hebat. Saya sekadar berkongsi pengalaman saya. Tips Blogging dan Tips Menulis Blog yang terbaik boleh rujuk kepada ramai lagi Blogger Terkenal Malaysia. Terima kasih…

25 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.