Madame Tussauds Bangkok Thailand Meet The Famous
|Bangkok memang punyai banyak lokasi wajib lawat dan anda tidak perlu pergi jauh dari pusat bandar. Salah satu yang menjadi tumpuan ramai sudah pastinya ialah muzium patung lilin terkenal Madame Tussauds Bangkok, Thailand. Ia satu lokasi wajib untuk anda explore kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Di sini anda boleh bertemu dengan selebriti dunia terkenal, ahli politik, selebriti sukan dan ramai lagi.
Madame Tussauds Bangkok, Thailand terletak hanya beberapa minit jalan kaki dari stesen LRT BTS Siam Station Bangkok. Ia terletak di alamat :
Madame Tussauds Bangkok, Thailand, Siam Discovery, 6th Floor,
989 Rama 1 Road,
Pathumwan, Bangkok 10330
Phone: +66 (0) 2658 0060
Fax: +66 (0) 2658 0056
Yang unik di Madame Tussauds Bangkok, Thailand ini ialah ia mempunyai beberapa bahagian untuk anda lawati, meneroka dan berjumpa dengan patung lilin sanjungan anda. Ia dibahagikan kepada Red Carpet, Music Zone, Film Zone, History Zone, Authentic History, Leaders Zone, Art and Science Zone, TV Zone and Sports Zone.
Kesemua 9 zone ini boleh anda hayati dan selami beberapa sejarah yang dikongsikan pada beberapa patung lilin yang ada di Madame Tussauds di Bangkok ini seperti ruangan History Zone, Authentic History dan sejarah kisah hidup Puteri Diana.
Madame Tussauds Bangkok dibuka setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 9.00 malam dan kemasukkan terakhir ialah pada jam 8.00 malam. Untuk kemudahan kemasukkan secara berkumpulan anda dinasihatkan membuat tempahan awal di talian yang disediakan atau layari laman web Madame Tussauds Bangkok.
Untuk harga tiket masuk ke Madame Tussauds Bangkok ini hanya Baht 850 untuk dewasa dan Baht 650 untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan harga diskaun, anda boleh tempah melalui pembelian Online Ticket Madame Tussauds Bangkok di SINI ONLINE TICKETS
Untuk ke Madame Tussauds Patung Lilin di Bangkok amat mudah kerana ia terletak di tengah-tengah pusat bandar Bangkok. Ikut salah satu dari cara ini dan anda akan sampai di Madame Tussauds Bangkok Thailand
By BTS SkyTrain
Madame Tussauds is a five minutes walk from BTS Siam station. BTS Siam station is right in the middle of the city and easy journey from anywhere in Bangkok.
By MRT
MRT Silom or Sukhumvit or Chatuchak Park station transfer to BTS Sky train; BTS Siam station (See By BTS)
By Bus
The following bus numbers travel to Madame Tussauds: 15, 16, 25 (Paknam-Thachang),40, ปอ.40, 48, 54, 73, 73ก, 79, 141, 159, 162, 183, 204, 501, 508.
By Car
Siam Center Car Park; Rama 1 Road, Siam Paragon entrance 2 and turn left to Siam Center car park.
By Taxi
Siam Discovery, 6th Floor, 989 Rama 1 Road, Pathumwan. Stopable in front of Siam Tower building.