Madinat Jumeirah Hotel Review Pesona Hotel Mewah di Dubai
|Dubai memang terkenal dengan lokasi destinasi ‘luxury’ mewah yang ditawarkan oleh resort dan hotel ternama. Yang menjadi bualan di Dubai, adalah destinasi penginapan resort dan hotel yang dikenali sebagai Madinat Jumeirah Hotel Review Pesona Hotel Mewah di Dubai. Ia adalah antara destinasi resort dan hotel termewah yang ada di Dubai dalam pelbagai aspek. Berada di Madinat Jumeirah, umpama anda berada di alam ‘dunia Arab’ yang mewah dengan pelbagai sudut.
The Arabian Resort of Dubai : Madinat Jumeirah Hotel
Baca : Tempat Menarik di Dubai
Madinat Jumeirah mempunyai struktur senibina bangunan Arabian yang masih mengekalkan ciri-ciri asli kemewahan gaya hidup Orang Arab, diperkemaskan dengan unsur-unsur moden untuk keselesaan tetamu mereka. Di sini juga, mereka mempunyai susur persisir pantai peribadinya sendiri yang luas.
Penginapan Terbaik di Madinat Jumeirah Hotel Dubai
Madinat Jumeirah Hotel resort adalah penginapan rekreasi berkonsepkan Arab kuno, namun punyai ciri keindahan alam semula jadi terbaik setakat ini di Duabi.
Madinat Jumeirah mempunyai dua hotel grand butik, Jumeirah Al Qasr dan Jumeirah Mina A Salam, 29 rumah musim panas tradisional di Jumeirah Dar Al Masyaf, 7 Jumeirah Malakiya Villas, lebih daripada 40 restoran dan bar, bilik persidangan dan kemudahan bankuet termasuk dua dewan besar, 1,000 tempat duduk amfiteater dan satu-satunya pusat hiburan khas resort dan hotel dala msatu tempat di United Arab Emirates, Madinat Arena. Untuk info, segala kemudahan ini berkeluasan sejauh 3 kilometer dari jalan air dan taman-taman berlandskap yang cantik.
Resort ini juga menyediakan pengalaman percutian dan kemudahan kesihatan yang luas termasuk Talise Spa dan Talise Kecergasan, serta Souk Madinat Jumeirah (ruang jualan runcit yang pelbagai) sert pengalaman menyusur sungai buatan yang indah mengelilingi resorts dan hotel berlatarbelakangkan bangunan Burj Al Arab Dubai, antara scenery yang terbaik daripada United Arab Emirates.
Madinat Jumeirah Hotel Review
Pemandangan di Madinat Jumeirah Dubai
Baca : Pengalaman di Aquaventure Waterpark Atlantis Palm Dubai
Terletak 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Madinat Jumeirah terletak di lokasi mudah untuk akses ke Dubai Media City, Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan Dubai Marina. Ia juga bersebelahan dengan Burj Al Arab, Wild Wadi Waterpark dan Jumeirah Beach Hotel dengan hanya 10 minit memandu dengan kereta untuk ke pusat membeli-belah yang berhampiran.
Madinat Jumeirah Hotel Mewah di Dubai
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma disediakan untuk semua tetamu ke pusat membeli-belah dan metro stesen untuk keselesaan.
Terokai Arab Resort Dubai di sini dan menemui 10 fikiran-bertiup fakta tentang Dubai di sini.
Madinat Jumeirah Hotel menawarkan :
Dua hotel butik besar dan rumah musim panas Courtyard Abras Tradisional
Lebih 40 restoran dan bar bertaraf dunia
Akses internet percuma di semua bilik dan suite
Lima gelanggang tenis
Ruang Kecergasan Kesihatan dengan suite tanah tinggi dan wall climbing
(Memenangi anugerah Talise spa dengan 26 bilik rawatan peribadi)
Madinat Jumeirah Souk Tradisional
2 km Pantai Persendirian yang bersih
Akses Wild Wadi Waterpark
Bilik Persidangan dan Pusat Banquet
Pemandangan Indah di Madinat Jumeirah
“Untuk memudahkan anda membandingkan harga penginapan dengan mudah, layari laman web HotelsCombined.my“
Semestinya jika anda berpeluang untuk menginap di resorts dan hotel Madinat Jumeirah, ia akan menjadi pengalaman terbaik anda melancong di Dubai. segala-galanya sememangnya ada di sini, anda hanya perlu nikmati sahaja keindahan dan servis terbaik di Madinat Jumeirah Dubai.
Samada anda memilih untuk berehat di kolam peribadi di depan pintu bilik, menyusuri sungai buatan untuk menikmati pemandangan indah di dalam resorts, menikmati makanan dan minuman tradisi terbaik di Cafe atau Lounge, mandi manda di taman tema air Wild Wadi Waterpark, bersantai di pantai private dan banyak lagi.
Tidak cukup untuk menikmati yan terbaik selama 3 hari 2 malam kalau berada di madinat Jumeirah. Anda pasti perlukan lebih masa untuk nikmati segalanya yang ditawarkan untuk tetamu-tetamu di Madihat Jumeirah Dubai.