Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Maggi Dan Saya Citarasa Sajian Kebahagiaan

Maggi Dan Saya Citarasa Sajian Kebahagiaan. Sebut sahaja Maggi, mesti ramai yang akan berkata ‘saya pernah makan Maggi’. Kalau tak makan maknanya bukan orang Malaysia la tu :). 

Mee Segera Maggi dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. MrJocko sendiri, sejak kecil lagi memang suka makan Maggi. Seingat MrJocko, tahun 1980-an, masa tu harga sebungkus Maggi cuma sekitar RM0.30 sen sahaja, sehingga la sekarang, ia masih lagi menjadi pilihan kami.

Maggi Dan Saya Citarasa Sajian Kebahagiaan

Maggi Dan Saya Citarasa Sajian Kebahagiaan

Kalau dulu, tahun 1980-an tidak banyak pilihan perisa Maggi yang ada. Apa yang saya ingat, perisa yang paling terkenal Maggi Kari. Kini, ada banyak jenis Mee Maggi 2 minit termasuk perasa Kari, Asam Laksa, Ayam, Kari Letup (pedas) dan juga Tom Yam. Pilih sahaja perasa kegemaran anda, sudah pasti ada yang akan menjadi pilihan anda nanti. 

Maggi Dan Saya Citarasa Sajian Kebahagiaan

Bagi yang malas nak memasak, Maggi memang antara pilihan terbaik. Bagaimana cara nak masak Maggi? Mudah sahaja, cukup sahaja rendam Maggi Mee dalam air panas selama dua minit, lepas tu tuangkan perencah Maggi yang disediakan. Dah siap untuk di makan. Rasanya… Yummy.

Bagi anda yang mahukan kelainan, boleh cuba untuk tambah telur, daging, ayam atau juga udang. Sudah pasti rasa Maggi Mee anda akan lebih menyelerakan dan lebih sedap. 

Nak lagi sedap??? Nanti MrJocko kongsi kelebihan masakan yang paling terkenal di Bachok, Kelantan. Mereka terkenal dengan menu masakan Mee Maggi Ketam. Bagaimana rasa bila makan Mee Maggi Ketam ini? Ramai kata memang sangat sedap!!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.