Site icon Travel Blogger Malaysia

Review Menu Aiskrim Iftar Di Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur yang lebih dikenali dengan nama Magnum Cafe di Midvalley semakin terkenal sejak ia mula-mula dibuka pada Disember 2014. Cafe Magnum Kuala Lumpur ini adalah Magnum Cafe pertama seumpamanya di dunia yang mempunyai 2 ‘infinity bar’ yang mana menyediakan menu utama Aiskrim Magnum dengan konsep yang berbeza dan unik.

Menu utama di Magnum Kuala Lumpur ini semestinya aiskrim yang sedap. Anda boleh reka sendiri aiskrim ciptaan anda di Magnum Kuala Lumpur dan pilih topping mana satu menjadi pilihan hati. Ada banyak pilihan, anda mesti datang sendiri alami citarasa aiskrim di Magnum KL.

Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Namun tak ramai yang tahu bahawa di Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur sebenarnya mereka menyediakan beberapa menu ala carte yang sememangnya anda mesti cuba. Menu menu di Magnum Kuala Lumpur ini MrJocko sempat cuba ketika Majlis Iftar Magnum Kuala Lumpur semalam di Midvalley.

 

 

Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Namun tak ramai yang tahu bahawa di Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur sebenarnya mereka menyediakan beberapa menu ala carte yang sememangnya anda mesti cuba. Menu menu di Magnum Kuala Lumpur ini MrJocko sempat cuba ketika Majlis Iftar Magnum Kuala Lumpur semalam di Midvalley.

Majlis Iftar Magnum Kuala Lumpur kali ini dihadiri oleh beberapa orang selebriti Malaysia termasuk Yasmin Hani dan Suami, Nurul Wahab dan Suami, Ainul Aishah, Sherry Ibrahim serta pereka fesyen Otai Bro Bon Zainal.

Antara menu terbaik yang MrJocko pernah rasa dan boleh anda dapatkan di Magnum Kuala Lumpur ialah menu Oxtail Soup with Sushi Rice (Sup Ekor), Chicken Toasties (Roti Kuah Ayam), Chicken Rendang Pasta (Pasta Rendang Ayam), Aglio Olio with Shrimps, Carbonara Pasta dan juga desserts Death by Chocolate.

 

Desserts Death By Chocolate
Sup Ekor Magnum Kuala Lumpur
Pasta Magnum Kuala Lumpur
Aiskrim Desserts Magnum Kuala Lumpur

Menu Magnum Cafe Midvalley Kuala Lumpur

Mungkin bagi anda yang belum sampai ke Magnum Kuala Lumpur, anda pasti akan teruja dengan dekorasi cafe eksklusif Magnum KL ini yang sememangnya mempunyai ciri-ciri komtemporari, classy dan rekaan dalaman yang artistik.

Ruang Magnum Kuala Lumpur boleh memuatkan sehingga 100 pelanggan dalam satu-satu masa dan ia antara lokasi restoran dan cafe terbaik di Midvalley Megamall. Untuk maklumat lanjut, layari : 

FacebookFanpage : https://www.facebook.com/MagnumMalaysia

Address: T-023, 052 & 053, Level 3, Mid Valley Megamall

Operation hours: 10am – 10pm Daily

For Reservation & Inquiries: 03 – 4065 0830 or 03 – 4065 0839

Exit mobile version