Mahalnya Tshirt di DC Comics Super Heroes Pavillion
|
Kalau aku ke Pavillion, tempat wajib singgah ialah kat DC Comics Super Heroes. Kat sini banyak karektor hero dari koleksi DC Comics, termasuk Superman, Supergirl, Batman and Robin, Green Lantern dan ramai lagi. Kira ni untuk hobi “big boys toy” yang menjadi kegilaan sesetengah orang.
Cam aku, pegi sana tengok tengok karektor super heroes ni sahaja. Nak beli barang, nak beli Tshirt kat sini alahaiii,,, mahal yang amat. Sehelai Tshirt round neck berharga sekitar RM50 selepas diskaun dan sekitar RM100 sehelai jika harga biasa. Wow!!! Mahal ooo…
Itu la keistimewaan produk DC Comics Super Heroes ni, mereka buat produk yang rare dan berkualiti. Banyak produk mereka yang eksklusif dan memang limited edition. Pun begitu, ramai peminat nak beli dan cari produk seperti ini.
So, status rare dan kualiti ini yang menjadikan produk mereka mahal. Kalau ada sehelai, yang original, anda boleh berbangga kerana anda adalah sebahagian dari Super Heroes di dunia… 🙂
p/s : sorry tiada gambar dalam store kerana “No Photography” inside…
MrJocko.com