Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Main Game Call Of Duty Mobile Guna Galaxy Note10

Seingat saya, last main permainan tembak-tembak pada 10 tahun lepas. Masa tu game Counter Strike tengah panas di Malaysia. Masa tu, nak main game ini kena ada desktop atau laptop. Kini dengan teknologi smartphone hebat, kita boleh Main Game Call Of Duty Mobile Guna Galaxy Note10 sahaja. Di mana-mana dan bila-bila masa dengan rangkaian network Multiplayer seluruh dunia.

Saya juga beberapa kali mencuba permainan PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile di telefon pintar. Memandangkan saya menggunakan Galaxy Note10, rasanya peranti itu lebih dari cukup untuk digunakan sebagai ‘alat’ saya berperang di alam maya.

Baca : MrJocko dan Review Smartphone

game call of duty mobile

 


Main Game Call Of Duty Mobile Guna Galaxy Note10

Main-Call-Of-Duty-Mobile-Guna-Note10-06 copy
 

Selama menggunakan smartphone Galaxy Note10 memasuki alam perang tak kira PUBG Mobile atau Call of Duty Mobile, memang langsung tak ada masalah. Memandangkan processor smartphone ini sangat laju, dengan grafik dan papara skrin Amoled, pengalaman bermain dengan Galaxy Note10 memang memukau.

Sebab kenapa saya suka guna Note10, saiz skrin yang berpadanan dengan jari untuk kawalan yang cepat dan mudah. Kelajuan processor memastikan ia tidak lambat bertindak dan semestinya gambar grafik yang jelas untuk PUBG Mobile memastikan kita tidak terlepas melihat musuh yang berada di kedudukan yang jauh.
 

Main-Call-Of-Duty-Mobile-Guna-Note10-02

Main-Call-Of-Duty-Mobile-Guna-Note10-03

Main-Call-Of-Duty-Mobile-Guna-Note10-04

Main-Call-Of-Duty-Mobile-Guna-Note10-05
 

Selain skill dan pengalaman bermain permainan tembak-tembak di smartphone ini, prestasi smartphone juga penting kerana ia umpama senjata yang kita guna untuk menghapuskan musuh. Ya, cubalah, dengan Galaxy Note10 dan Note10 Plus, memang ia satu ‘joystick’ terbaik untuk Mobile Gamers.

Untuk harga dan spesifikasi Galaxy Note10 dan Galaxy Note10 Plus boleh layari laman web rasmi Samsung Galaxy Malaysia. Lagipun mereka tengah buat promosi sempena 10 tahun Samsung Galaxy.

Untuk anda yang memang kaki gamers di mobile phone, sudah pastinya akan cari telefon pintar yang memenuhi spesifikasi minima untuk anda muat turun dan bermain permainan ber’resolusi’ tinggi seperti PUBG Mobile dan juga Call of Duty Mobile ini. Sebab, jika guna smartphone biasa, sudah pasti kepuasan sebenar tidak akan dapat anda capai.

Sebab itu, dapatkan telefon pintar yang bersesuai untuk anda yang kaki game. Jangan pula sebab smartphone low specs, prestasi sebenar anda sebagai kaki gamers terjejas.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.