Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mainan RC Quad Copter Yang Menarik

Minggu lepas MrJocko singgah di Berjaya Times Square sempena dengan Chiang Mai Road Tour Kuala Lumpur 2014. Selepas event tersebut, MrJocko pusing lihat kedai-kedai yang ada di Berjaya Times Square, dah lama tak ke sana. Akhirnya, terpengaruh dengan mainan ini, Remote Control Quad Copter, mainan RC Helicopter untuk kanak-kanak dewasa. Kalau versi besar, benda ni di panggil Drone.

 

 

 

Mainan RC Quad Copter Yang Menarik
Mainan RC Quad Copter Yang Menarik

 

 

 

Sebenarnya bila melihat cara quad copter ini di mainkan, ia agak unik. Bagaimana sebuat mainan elektronik seperti ini boleh terbang dengan stabil dan ia boleh ke kiri dan kanan mengikut controller. Bagi yang bersaiz besar, ia boleh digunakan untuk memegang kamera dan mengambil gambar dari atas. Tapi jenis drone yang macam itu berharga ribuan ringgit.

 

 

 

Mainan RC Quad Copter Yang bagus

 

Mainan RC Quad Copter Yang bagus

 

 

 

Mainan jenis Remote Control Quad Copter ini ada pelbagai jenis. Yang jenis MrJocko beli ini jenis yang paling murah, hanya RM110 sahaja bagi setiap unit. Ia sesuai untuk sesi pembelajaran menggunakan control dan remote untuk mainan quad copter ini. Ada beberapa stage lagi yang perlu anda pelajari jika nak jadi expert untuk guna drone quad copter kamera profesional.

 

Kalau anda dah semakin expert, boleh beli quad copter yang atas sikit berharga RM200, RM500 dan RM1,000 ++, untuk kegunaan penerbangan yang memuaskan.

 

Bagi MrJocko, dah puas hati guna RC Quad Copter ini. Ia boleh bertahan selama sekitar 15 minit bagi setiap charge penuh dan boleh di charge sebanyak hampir 10 kali menggunakan Powerbank 3,000 mAh

 

Kalau anda nak belajar guna quad copter, jenis yang MrJocko beli ini antara yang terbaik untuk belajar guna remote RC Quad Copter. Kalau beli di pasar malam, mungkin harga tersebut lebih murah.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.