Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Majalah Hai Meow Majalah Kucing No 1 Malaysia

Hari ni, MrJocko berkesempatan untuk singgah di pejabat penerbitan yang kini semakin terkenal dengan majalah baru mereka, Majalah Hai Meow Majalah Kucing No 1 Malaysia. Peluang juga berborak dan berkongsi idea dengan orang kuat Majalah HaiMeow ini yang baru sahaja memulakan edisi pertama mereka.

Hai Meow merupakan sebuah majalah kucing berbahasa Melayu yang terulung di Malaysia untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk peminat haiwan peliharaan kucing. Majalah ini memang padat dengan niche Kucing sebagai binatang peliharaan.

Majalah Hai Meow

Majalah HaiMeow Majalah Kucing
Majalah Hai Meow Majalah Kucing No. 1 Malaysia

Hai Meow ini lebih menumpukan kepada interaksi antara manusia dan kucing dalam pendekatan yang lebih moden dan terkini. Ia memang satu majalah baru yang berbeza dari majalah-majalah lain. 

Hai Meow turut membawa pembaca mengenali lebih dekat tentang kehidupan selebriti pilihan bersama dengan kucing kesayangan mereka.

Majalah Hai Meow Majalah Kucing
Sham Kamikaze Majalah Hai Meow

 

Untuk Edisi Pertama majalah HaiMeow, Sham Kamikaze diberikan penghormatan untuk menjadi Cover Depan pertama majalah ini digandingkan dengan seekor kucing baka British Short Hair yang menjadi idaman ramai peminat kucing. Edisi Pertama ini sudah mula bertemu pembaca pada awal Disember 2014. 

Jadi jika anda peminat kucing dan ingin mendapatkan cerita menarik kucing, tips memelihara kucing, aksesori kucing serta cover story berkaitan haiwan peliharaan ini, anda boleh dapatkan naskah Majalah Hai Meow ini di kedai buku berhampiran anda dengan hanya RM8.90 sahaja. Majalah ini akan menemui pembaca setiap bulan.

 

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.