Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Majlis Aqiqah – Raya Pertama

Kebetulan tahun ni, Raya Korban jatuh ujung tahun masehi. Sebab tu jugak la, aku n family dpt cuti panjang sikit, sambil2 nak abiskan stok cuti tahun 2006. kami decided nak buat aqiqah n korban buat tahun ni, pasal keadaan kat kampung ni senang sket. Kami buat kat Kg arwah Atuk aku, kat Bachok. Aku buat skali @ share dgn Mak Ngah anak branak.
Selepas Solat Sunat Aidiladha, kami trus ke Bachok. Sampai sana, semua dah siap, tunggu Tukang Sembelih jer dtg nak sembelih lembu tu. Bila semua dah siap, tukang sembelih bgtau suh kami niat aqiqah dan korban atas lembu yg akan di korbankan tu. Lepas tu trus Bismillahirrahmanirrahim… zappp!!!
Aku mula2 nak tolong gak lapah daging, tapi aku tgk cam kekok jer nak buat. So, aku tolong angkat dan pegang jer la. Alihkan tulang dan gak bahagikan kpd 7 bahagian. Kul 12tghari semua dah siap. Aku mintak diri dr Mak Ngah, ckp nak balik.
Sampai umah, Mak dah siap dgn air panas dan urusan masak-memasak. Majlis kira berakhir dlm jam 4 ptg jer, bila mak bahagikan daging terakhir kat Atuk Limah ujung kampung. Penat jugak. ptg tu lepas asar aku tido. Penat beb…..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.