Majlis Iftar SAFI Ramadan Al Mubarak Royale Chulan Mutiara Damansara
|SAFI, jenama Halal No. 1 di Malaysia minggu lepas menganjurkan Majlis Iftar SAFI Ramadan Al Mubarak bertempat di Royale Chulan, Mutiara Damansara. Antara selebriti yang hadir pada majlis iftar ini termasuk Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish dan juga Duta SAFI Balqis, Hanis Zalikha.
Turut sama dalam Majlis Iftar SAFI Ramadan Al Mubarak ini turut sama dimeriahkan dengan kehadiran Imam Muda Asyraf dan juga Hafiz Hamidun. Tidak dilupakan, Majlis Iftar SAFI ini turut sama meraikan anak-anak Tahfiz Pusat Pengajian Al Quran Nur Fattah Gombak.
Majlis dimulakan dengan perkongsian oleh Nora Danish dan juga Hanis Zalikha tentang beberapa produk kecantikkan wanita halal keluaran SAFI termasuk produk SAFI Rania Gold dan juga produk SAFI Balqis.
Majlis kemudian di serahkan kepada Imam Muda Aysraf untuk sesi Tazkirah Ramadan sebelum menunggu waktu berbuka dengan membicarakan tentang kelebihan produk “Halalan Toyyiban”. Imam Muda Asyraf menekankan betapa pentingnya mencari produk yang halal dan lagi bersih dalam kehidupan seharian.
Majlis berbuka puasa dan kemudiannya melakukan Solat Maghrib secara berjemaah yang di Imamkan oleh Imam Muda Asyraf. Hafiz Hamidun turut melagukan alunan nasyid Dzikrullah selepas berbuka sebelum menunggu untuk Solat Terawih berjemaah.
Untuk produk kecantikkan wanita yang Halal di Malaysia, sememangnya produk SAFI ini adalah pilihan terbaik. Untuk maklumat lanjut tentang SAFI Malaysia, layari :
Laman web www.safi.com.my
Laman Fanpage Facebook www.facebook.com/SAFIMALAYSIA
Instagram @SafiMalaysia
YouTube www.youtube.com/SAFIMALAYSIA
Wahhh..cantik mereka berdua ni berhijab..nanti nak belikan mak SA product Safi ni la….