• Mon. Sep 25th, 2023

majlis KAHWIN adik aku

pic01


Sempena dgn minggu cuti sekolah bulan Jun 2010, adik lelaki aku selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya dengan sekali lafaz sajer. Terer cam abang dia jugak. Hehehe…
Kali ni Mak dan Ayah aku ber”besan”kan orang Kuala Besut, Terengganu. Pun gitu, jarak dgn kampung aku tak la jauh. Dekat ajer pasal Kuala Besut ni dah kira sempadan Terengganu.
Majlis Akad Nikah di buat hari Khamis malam Jumaat. Biasa la adat orang Pantai Timur. Ambik berkat malam Jumaat. 🙂
Majlis sebelah perempuan di buat Jumaat keesokkannya. Dan majlis sebelah adik aku di buat terus hari Sabtu. Menu kami spesel sikit. Makanan Ala Kampung. Cuma ada Ayam Goreng, Daging Kawah, Ikan Tawar Bakar dan Asam serta Budu. memang spesel…
Dua2 belah pihak buat serba ringkas sajer dan utk saudara mara terdekat dan jiran2 tetangga. Pun gitu tetap meriah sampai ke malam. Nak wat camana, saudara mara ramai. Kebetulan cuti sekolah, riuh rendah satu kampung. 🙂
Penat memang penat. Dr Khamis lagi drive balik kampung. Sampai malam trus ke Kuala Besut. Jumaat pagi bersiap ke Majlis sebelah pengantin perempuan. Sabtu pulak bangun awal siapkan gulai daging sampai la majlis ke malam hari.
Penat, tapi happy 🙂

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “majlis KAHWIN adik aku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.