Majlis Pelancaran Kolum Blog ORama Dalam Majalah LIBUR, Kumpulan Karangkraf
Banyak yang MrJocko nak kongsi tentang majlis pelancaran kolum baru di Majalah LIBUR, Kumpulan Karangkraf ini tetapi belum masih ada masa. Majlis eksklusif untuk beberapa orang blogger terpilih sempenan dengan pelancaran Kolum Blog O’ Rama dan juga Ulang Tahun Majalah LIBUR yang ke 12 tahun.
Sebelum kita dengar cerita dari MrJocko, apa kata lihat dulu beberapa gambar yang menarik sepanjang majlis pelancaran Kolum Blog ORama di Majalah LIBUR bertempat di Starbucks Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada Sabtu, 20 Disember 2014.
Majlis dihadiri oleh sekitar 20 blogger terpilih kerana tempat yang terhad dan juga warga kerja Majalah LIBUR serta wakil dari Karangkraf dan di hoskan oleh Penyampai Radio, Radin dari Era FM.
Rezeki kami, kesemua Blogger menerima Camping Sleeping Bag bernilai RM200 sebagai Goodies dari pihak penaja hadiah. Makanan ditaja oleh pihak Starbucks dengan menu kek dan juga kudapan yang sedap. Latte Ais dari Starbucks juga memang terbaik. Tidak lupa minuman Cool Rhino sebagai penyejuk badan.
Antara yang paling menarik ialah Lucky Draw sebuah khemah yang cantik bernilai hampir RM1,500 untuk seorang Blogger bertuah. Rezeki kali ini kepunyaan bro hensem Faez Ramly. Wow!!!
Majlis kami simple tetapi Alhamdulillah meriah dengan games, hadiah dan semestinya goodies dan lucky draw terbaik. Terima kasih buat penaja utama Karangkraf, penaja lokasi Starbucks Kota Kemuning, penaja hadiah serta team dari Majalah Libur.
Terima kasih pada yang sudi datang memenuhi jemputan MrJocko dan Majalah LIBUR. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami Blooggers Media akan menganjurkan banyak lagi event untuk blogger Malaysia samada di dalam atau luar Malaysia.
hehe meriah nye (^_~)
thanks for the invitations 🙂
TQ sebab datang Iena 🙂
ur welcome 🙂
thanks for the invitation! 🙂
tq sudi jemput..event yg seronok…
Tq mr jocko sebab bagi peluang utk org baru join sama….
mmg meriah bila dpt sama2 join event camni..moga2 ada rezeki event2 akan dtg