Majlis Pembukaan Stanzo Collection Di 1 Mont Kiara : Koleksi Mewah Dan Eksklusif
|Dengan pelbagai pilihan perabut yang berkualiti tinggi dengan rekaan modern, elegan serta ciri-ciri antarabangsa, anda mesti akan tak sabar untuk memilih samada perabut untuk ruang tamu, ruang bacaan, bilik tidur, ruang makan, ruang famili atau pun memilih perabut untuk pejabat anda. Samada untuk dekorasi perabut di rumah atau di pejabat, koleksi yang ada di Stanzo Collection ini akan memenuhi ciri-ciri yang anda impikan. “Kami memilih “Stanzo” kerana ia bermaksud “bilik” dan secocok dengan gaya bilik pameran yang kami berusaha sebagai konsep untuk kedai dan koleksi Stanzo. Konsep bilik pameran dipaparkan mengikut persediaan yang berbeza. Setiap bilik mempunyai konsep ruang untuk membolehkan pelanggan untuk menggambarkan reka bentuk masing-masing dan menampilkan kelengkapan perabot yang telah sedia untuk kediaman atau tempat kerja yang sebenar, ” kata Pengarah Stanzo Collection. Stanzo Collection menegaskan bahawa koleksi yang tawarkan di Stanzo Collection ialah mensasarkan pemilik rumah atau pejabat yang arif dan punyai citarasa mewah, yang punyai minat mendalam tentang reka bentuk dalaman rumah mereka sendiri. Untuk tujuan ini, beliau percaya bahawa gaya dan rekaan daripada Stanzo Collection yang serba guna untuk sesiapa sahaja yang inginkan gaya dekorasi ekslusif untuk menghias ruang rumah atau tempat kerja. Secara ringkasnya, beliau percaya bahawa Stanzo Collection adalah perabut yang ideal dan sempurna untuk mewujudkan dekorasi yang paling eksklusif untuk mana-mana rumah atau tempat kerja.
![]() |
Rekaan perabut yang eksklusif dan elegan di Stanzo Collection 1 Mont Kiara |
Memang banyak pilihan perabut citarasa mewah dan eksklusif di Stanzo Collection 1 Mont Kiara ini. Sudah pasti setiap perabut yang ditawarkan di Stanzo Collection ini akan menjadi idaman ramai peminat-peminat dekorasi ruang rumah atau ruang pejabat. Nampaknya MrJocko sendiri berminat dengan 2 rekaan ruang tamu dan satu rekaan perabut untuk ruang bilik tidur. Kalau boleh, nak satu set perabut untuk ruang pejabat, boleh MrJocko letak di rumah untuk dijadikan ruang ‘Home Office’.
Maklumat lanjut tentang Stanzo Collection di 1 Mont Kiara :
Unit 2-3, 2-3A, Second Floor,
1 Mont Kiara Mall 1 Jalan Kiara,
Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Tel: +6017-205 7885
e-mel: enquiries@stanzocollection.my
Laman web: www.stanzocollection.my
Facebook Page : www.facebook.com/pages/Stanzo-Collection