Makan Buffet Durian Kampung Murah RM10 Bulan Puasa
|Tahun ini, kebetulan musim durian semakin rancak tetapi berada di bulan puasa. Bila waktu siang, tak boleh nak makan durian, waktu malam selepas berbuka sahaja waktu yang sesuai untuk kita menikmati kelazatan buah durian yang menjadi raja buah ini. Minggu lepas, kami sekeluarga Makan Buffet Durian Kampung Murah RM10 Bulan Puasa
Ceritanya bila melihat viral di Facebook tentang promosi makan buffet durian dengan harga murah RM10 per pax. Lokasi yang diberitahu, ialah gerai buah durian di berdekatan dengan EconSave Bandar Baru Sungai Buloh, tepi jalan besar menuju ke Kuala Selangor.
Kami berbuka di Subang sebelum itu, dan selepas waktu Isya’ baru kami ke sana.
Baca : Jenis Jenis Durian Mahal di Malaysia
Harga Buffet Durian RM10?
Sampai di gerai tersebut, memang ramai yang sudah beratur panjang. Kami ambil Queue dan turun beratur. Ingatkan dapat Makan Buffet Durian Kampung Murah RM10 Bulan Puasa. Namun, hampa rasanya.
Memang plan nak ambil pakej buffet durian RM10 per pax, tetapi disebabkan promosi cuma pada hari pertama sahaja, kami terpaksa membeli durian dengan harga RM10 bagi setiap kilo. Kebanyakkan buah durian di sini ialah buah durian kampung biasa dan jarang nampak durian yang mahal.
Sebab dah sampai, anak-anak pun nak makan, kami beli sahaja.
Makan Buffet Durian Kampung Murah RM10 Bulan Puasa
Kat Mana Ada Jual Buffet Durian Murah?
Rupanya promosi di laman Facebook yang diviralkan itu hanyalah sekejap sahaja dan kalau ke gerai harga yang mereka jual ialah RM10 sekilogram ke atas bergantung kepada jenis durian. Jadi, maknanya TIADA Makan Buffet Durian Kampung RM10 Bulan Puasa.
Frustnya, rasa macam tertipu pulak dengan iklan promosi viral seperti ini kat Facebook. Ia seperti trick sahaja nak bagi orang teruja, padahal ia semua sekadar gimmick orang meniaga. Hahaha… Lepas ni malas dah nak percaya tawaran promosi makan durian murah :). Jauh kami travel hari itu untuk cari buffet durian murah tetapi nampaknya tiada rezeki.