Site icon Travel Blogger Malaysia

Makan Malam Di Restoran Manggo Tree Bangkok

Kami Makan Malam Di Restoran Manggo Tree Bangkok. Restoran Mango Tree ini telah beroperasi dalam menyediakan menu hidangan eksklusif Thai selama lebih dua puluh tahun. Ia adalah hasil dari inspirasi Encik Pitaya Phanphensophon. Beliau percaya, bahawa setiap tetamu perlu dilayan seolah-olah mereka berada di rumah.

Untuk menu-menu yang sedap dan terbaik di Manggo Tree Bangkok, beliau telah berkongsi resipi ini dengan setiap tetamu melalui hidangan yang disediakan.

Di ruang sudut sebelah dalam diletakkan beberapa koleksi kamera dan fotografi menyediakan paparan kamera antik lama sebagai dekorasi unik di restoran Manggo Tree Bangkok.

Baca : Makanan Halal dan Friendly Muslim Thailand

Food Review Makan Malam Di Restoran Manggo Tree Bangkok

Manggo Tree Bangkok

Antara menu utama dan menjadi pilihan di Restoran Manggo Tree Bangkok ini termasuk : 

Phad Phak Bung Fai Daeng ( Stir fried morning glory )
Phad Phak Kha-Na ( Stir fried green kale )
Phad Phak Ruam Mitr ( Stir fried mixed vegetables )
Ga Rum Pee Phad Kai ( Stir fried cabage with egg )
Ma La Phad Kai ( Stir fried bitter cucumber with egg )
Nua San Phad Nam Man Hoi ( Stir fried sliced beef with oyster sauce
Goong Phad Nor Mai Farang ( Stir fried asparagus with shrimp )

Untuk kami, sudah pasti kami request menu yang special, menu Vegetarian dan tidak melibatkan Daging atau Ayam. Semestinya menu seafood menjadi pilihan MrJocko. Sempat merasa menu Ikan Siakap Goreng dan juga Sotong Bakar. Menu lain, adalah pilihan rakan media berbangsa Cina :).

Harga menu makanan di sini agak mahal kerana ia antara restoran terkenal di Bangkok dan menyediakan menu eksklusif. Tambahan pula, ia adalah tumpuan pelancong asing seperti pelancong Eropah.

Sedikit info tentang Restoran Mango Tree Bangkok ini, ia terletak di Soi Tantawan, Surawong, berhampiran dengan Hotel Le Meridien di kawasan Silom.

Restoran Mango Tree Bangkok ini dalam satu masa boleh menampung sehingga 200 tetamu dan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti Kiew Sawoey Pavilion, Nam Dokmai Pavilion dan kawasan halaman Al-Fresco.

Restoran Manggo Tree ini menawarkan pelbagai pilihan masakan Thai asli dari menunya. Makanan di sini adalah berasaskan menu Asli Thai tetapi diserasikan dengan citarasa mesra Barat, di mana, ia tidak di tambah banyak rempah sebagaimana rakyat Thailand. Sebab itu agaknya, ramai pelancong Barat, suka untuk menikmati menu di Manggo Tree Bangkok, terutamanya ekspatriat dan pelancong Eropah.

Di halaman restoran, mereka mempunyai pemuzik yang bermain muzik tradisional Thai setiap malam di atas platform yang disediakan. Ini antara tarikan sampingan dan hiburan kepada pelanggan mereka semasa menjamu selera.

Selain lokasi asal di Soi Tantawan, di Suriwongse Road, restoran ini telah berkembang di beberapa negara lain dengan menawarkan menu makanan Thai seperti di lokasi cawangan di Manggo Tree London, Tokyo, Kuching (Malaysia), Dubai dan juga Macau. 

Untuk anda yang ingin mencuba menu di sini, boleh ke alamat 37 Surawong Road, Bang Rak, เขต บางรัก กรุงเทพมหานคร 10500, Thailand. No Telefon +66 2 236 2820

Exit mobile version