Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Makan Roti Canai Di Thailand dan Roti Pisang Di Pak Bara

Pengalaman Makan Roti Canai Di Thailand dan Roti Pisang Di Pak Bara. Semasa MrJocko menyertai FAM Trip ke Hatyai dan Satun pada bulan November 2013, banyak lokasi makan-makan yang best dan murah sekitar pekan kecil Pak Bara ini. Salah satunya kedai kopi yang kecil tetapi agak terkenal di kawasan resort penginapan MrJocko masa tu, Langka Beach Resort. Kat sini menurut rakan yang sertai Trip, gerai seperti ini dipanggil Kedai Minum Teh. Pelik bila lihat ada Roti Canai di Thailand.

Walaupun ia hanya gerai tepi jalan yang biasa, jangan terkejut kalau menu yang mereka hidangkan agak menarik dari menu biasa di Malaysia.

Baca : Menu Makanan Halal Muslim Thailand

Roti Canai Di Thailand

Baca : Makanan Halal di Satun

Makan Roti Canai Di Thailand dan Roti Pisang Di Pak Bara

Roti Pisang Di Pak Bara
katanya bermaksud ‘Kedai Minum Teh’
Roti Pisang Di Pak Bara
Menu Roti Canai, Roti Telur dan Roti Pisang Di Pak Bara

 

 

Lokasi kedai ni tak jauh dari resort Langka Beach Resort. Hanya walking distance dan berada di tepi jalan utama dari Satun menuju ke Jeti Pak Bara. Lokasi Kedai Teh ini juga berada di persisir pantai dan memang mempunyai pemandangan yang menarik. Cuma, sayang, masa kami singgah, waktu menunjukkan jam 11.00 malam.

 

 

Roti Pisang Di Pak Bara
Roti Pisang Thailand

 

Roti Pisang Di Pak Bara
Roti Canai Thailand

 

Roti Pisang Di Pak Bara
Roti Telur Thailand

 

Baca : Tempat Menarik di Satun Thailand

Makan Roti Canai Di Thailand dan Roti Pisang

Kalau nak tahu, harga roti canai, roti telur dan roti pisang di kawasan Pak Bara ini agak murah kerana kos sara hidup di sini memang kawasan kampung. Berbaloi untuk makan Roti Telur dan secawan Teh dengan hanya RM2 sahaja. murah kan???

 

Oleh itu, andai anda nak ke pulau-pulau sekitar Koh Adang, Koh Lipe dan sekitarnya, boleh la singgah sarapan, makan tengahari atau makan malam di sekitar Pak Bara. Ada banyak gerai dan restoran seafood Thailand Halal yang ada di kawasan itu sebab hampir 90% penduduk kawasan ini beragama Islam. Sedap, Murah dan Halal.

Boleh baca juga info di laman blog brader ni pasal Satun dan Pak Bara.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.