Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Makan Sambil Menonton Wayang Di Warung Misbar

Kalau anda ke Bandung, Indonesia terutamanya di kawasan Jalan Riau, jangan lupa singgah di Warung Misbar. Warung Misbar ini ialah sebuah restoran makanan Muslim, terletak bersebelahan Shopping Mall Stamp dan Heritage yan terkenal di Jalan Riau, Bandung. Untuk cari lokasi ini mudah sahaja.


 

Makan Sambil Menonton Wayang Di Warung Misbar
Makan Sambil Menonton Wayang Di Warung Misbar

Jika anda ke sini, Restoran makanan yang berkonsepkan makanan Sunda ini hampir menyerupai menu masakan di Restoran Bumbu Desa. Ini kerana, kata staff yang kerja di sana, mereka adalah dalam satu kumpulan syarikat yang sama.

Tapi, Warung Misbar mempunyai konsep lagi santai. Pintu utama di buat seakan kaunter tiket panggung wayang. Anda perlu mengambil tiket dan pelayan akan membawa anda ke meja bersesuaian dengan saiz meja dan pelanggan yang datang.

warung-misbar-bandung

Pilihan lauk pauk, anda boleh pilih sendiri dan sememangnya di sini, Warung Misbar punyai lebih dari 100 jenis menu makanan tradisional Indonesia. Pilih saja mana satu citarasa anda, mesti ada yang berkenan. Ada ayam, sapi, udang, ikan, tempe, sayuran dan pelbagai menu masakan lain.

Makan Sambil Menonton Wayang Di Warung Misbar
warung-misbar-bandung

Sambil menikmati hidangan makanan anda, di layar utama di pertontonkan cerita-cerita klasik lakonan pelakon-pelakon terkenal di Indonesia. Kalau di Malaysia, mungkin filem-filem tersebut seperti filem lakonan P Ramlee, Jins Shamsudin atau Nordin Ahmad.

warung-misbar-bandung

MrJocko suka dengan konsep Warung Misbar ini, walaupun tak faham sedikit pun tayangan yang berada dihadapan layar. Sesuatu yang berbeza. Kawasan memang selesa, luas dan memang sesuai untuk makan sambil santai satu keluarga. Mungkin konsep ini boleh dibawa dan diperkenalkan di Malaysia. Siapa yang nak buka restoran seperti ini???

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.