Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Makan Satay Famili di Saujana Utama

Sabtu malam minggu aku bawak wife, anak-anak dan adik aku ke Saujana Utama. Jauh dowh,,, dah la nak ke sana ikut jalan lama, Jalan Kuala Selangor sangat lah JEM. Depan pasar malam Sungai Buloh tu, bersusun kereta, perlahan, semua gara-gara ada pasar malam, aiyooo,,, rugi masa sungguh.

Lepas jer area pasar malam tu, jalan terus lancar sehingga la sampai ke Saujana Utama. Memang jauh aku rasa. Tak pernah sampai sana, dan ini lah kali pertama aku sampai. Restoran aku nak pergi, nama Restoran Sukahati.

Malam ni kami order cam biasa, menu Seafood sahaja. Order Tomyam, Daging Goreng Kunyit, Telur Bistik dan Kailan Ikan Masin. Paling aku suka, menu Telur Bistik dia ada campur daging goreng, sangat lah sedap.

Tapi, bukan pasal ini kami ke sini. Kami semata-mata ke sini pasal nak cuba satay yang sedap. Kenapa sedap? Camana sedap sangat ker? Siapa punya satay???

Satay Famili di Saujana Utama

Makan Satay Famili di Saujana Utama

 

Makan Satay Famili di Saujana Utama
Makan Satay Famili di Saujana Utama

 

Makan Satay Famili di Saujana Utama

Sebenarnya yang aku nak makan ni, Satay best terbaik dari Meru, Klang. Nak lagi best, owner gerai satay ni member lama, member baik aku Si Amrul. Amrul ni geng-geng UiTM Shah Alam tahun 2000-2003 dulu. Tapi bukan kelas aku, aku cuma masuk geng diorang jer, aku masa tu dah kerja.

MrJocko bersama Owner Satay, Amrul,,,

 

Makan Satay Famili di Saujana Utama

 

Makan Satay Famili di Saujana Utama

 

Kalau korang berada sekitar Sungai Buloh, Saujana Utama, BRP atau sekitarnya, aku nak suggest sangat-sangat korang ke sana. Gerai Satay Amrul ni di kenali sebagai Satay Famili, berada di restoran Sukahati dan bersebelahan sahaja dengan Bank Islam Saujana Utama.

 

Satay dia sangat sedap bro, nanti aku buat review dalam entry akan datang. Aku nak ke daput, nak makan lagi satay yang aku tapau 50 cucuk semalam. 🙂

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.