Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Makanan Terbaik Untuk Kucing Kesayangan Anda

Bila dah pelihara kucing, kena la tahu Makanan Terbaik Untuk Kucing Kesayangan Anda.

Masuk hari ini, baru sebulan MrJocko dan family pelihara seekor kucing yang kami ambil sebagai ‘anak angkat’ di booth Persatuan Peminat Kucing KL & Selangor. Ia diberikan percuma dan kami cuma bayar RM20 untuk makanan dan sumbangan kepada kelab tersebut. Kucing tersebut kami namakan MIKO. 

Bila pelihara kucing ni, ada banyak benda yang kami mula belajar, antaranya ialah apa dia makanan kegemaran kucing ini? Makanan kucing basah atau makanan kering? 

Makanan pertama kami beli ialah makanan kucing kering iaitu jenama Equilibrio. Masa tu juga kami dapat 2 paket makanan kering Whiskas dan 2 paket makanan basah Whiskas secara percuma.

 

 

Makanan Terbaik Untuk Kucing Kesayangan Anda

Dalam banyak-banyak makanan kucing ni, kucing kami Miko tak suka sangat dengan makanan premium kucing jenama Equilibrio ini. Miko lebih suka makanan basah Whiskas, campuran ikan dan bahan lain yang dibungkus dalam paket kecil. Tapi, harganya agak mahal. Kalau satu paket dalam RM3.00, sehari mahu kena bajet RM9.00 hanya untuk makanan kucing sahaja. 

Tapi, minggu ni kami jumpa alternatif baru makanan kucing yang kami beli dari Pet’s Shop di Tesco Selayang. Harga dalam RM10 sahaja dan ia makanan kering disukai Miko. Jimat.

Anda ada pelihara kucing? Boleh kongsi makanan kegemaran atau makanan terbaik untuk kucing anda?,

p/s : Makanan basah untuk kucing amatlah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan gigi kucing dan mendatangkan banyak penyakit. Sebab itu ramai peminat kucing menyarankan menggunakan makanan kucing jenis dry food, makanan kering untuk kucing. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.