Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

makin lama makin LEMBAB

Ni antara tempat makan aku. Slalunya aku makan malam kat sini.

Dulu masa mula2 bukak, aku rasa comfort makan kat sini. Makan sedap, banyak pilihan, ada mamak's menu dan jugak tomyam's menu.

Lokasi lak, sebelah umah aku jer. Walking distance tak sampai 3 mins. Belum sempat berpeluh ketiak dah sampai… Hihi

Time order, slalu cepat sampai. Pastu menu yang sampai sangat menyelerakan. Memang nampak sedap, rasa pun sedap jugak, pasal tu la suka makan sini.

Meja dan lantai pun bersih, pekerja pun ramai, tak der nampak kelam kabut sangat.

Tapi, itu dulu… Skang jauh beza. Makin lama makin berbeza. Seminggu dua ni nampak makin worst. Pekerja dah macam tak ramai. Hari tu aku datang menu tomyam tutup 2-3 hari.

Pastu skang kalu sampai, duduk tunggu nak order alahai… Lambatnya… Kalau dah lambat nak ambik order, makan pun jadi lambat la yer…

Lantai plak dah macam sebulan tak basuh. Aiyo, tahu la lantai, tapi mop la sikit. Cam lantai yang baru lepas di landa ribut sampah aku tengok…

Harap pasni kembali ke servis asal yang terbaik wok,,, senang aku nak makan sini lagi… Tak perlu jauh nak kluar makan dengan family…

Sent from my BlackBerry® smartphone

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.