Hotel Review Malawati Ria Hotel Kuala Selangor Cuti Cuti Malaysia
|Peluang meneroka Selangor kali ini, kami ambil masa untuk ke Kuala Selangor. Ini kerana, ia terletak sekitar satu jam perjalanan pemanduan dari Kuala Lumpur. Lagipun ia masih menawarkan harga pelancongan domestik yang mampu bayar. Selepas menginap di Apps Hotel, kami mencuba hotel bajet ini. Ini perkongsian kami tentang Hotel Review Malawati Ria Hotel Kuala Selangor. Ia hotel bajet yang sesuai untuk peringkat umur.
Jika anda bercadang untuk santai seharian di sekitar Bukit Malawati, ini hotel yang paling sesuai. Terletak bersebelahan dengan kemudahan asas utama seperti bank, klinik, kedai runcit, restoran, tempat tarikan pelancong dan juga jalan utama. Hotel 1 bintang ini antara hotel murah yang boleh anda cuba di Kuala Selangor dengan harga yang sangat murah.
Baca : Tempat Popular Di Bukit Malawati Selangor
Hotel Review Malawati Ria Hotel Kuala Selangor Cuti Cuti Malaysia
Memandangkan kami sekeluarga ada 5 orang, kami memilih untuk bilik Family biasa. Piliah bilik kami ada 2 katil Queen Size dan juga extra tilam dengan kos hanya berharga RM100 sahaja. Murah kan? Ya, tidak perlu bayar mahal, jika anda jenis tidak berkira, hotel ini adalah pilihan terbaik untuk berjimat ketika travel.
Bilik air agak besar, kemdahan TV Digital juga disediakan dan juga hanya berada di tingkat satu, bersebelahan dengan anak tangga. Menarik, sebab bilik ini mempunyai tingkat dan pemandangan Bukit Malawati. Tidak la rasa terkurung.
Ada ruang parkir di hadapan hotel. Jika hujung minggu, ia percuma, tetapi jika hari bekerja, anda perlu membayar parkir sekitar 60 sen sejam. Tetapi, kebiasaannya, kami keluar untuk berjalan sekitar Kuala Selangor ketika waktu siang dan tak perlu risau tentang bayaran parkir.
Tempah Bilik Murah Di Kuala Selangor
Waktu petang kami hanya berjalan kaki untuk naik ke puncak Bukit Malawati dan menyaksikan keindahan pemandangan Sunset dari puncak. Kemudian, berjalan kaki turun dan tidak sampai 10 minit, kami sudah sampai di bilik hotel.
Kiri kanan dan di belakang hotel ada beberapa pilihan kedai makan termasuk Restoran Mamak dan juga Food Truck. Tidak jauh dengan hotel ini juga ada kedai runcit Speedmart99 yang memang menjual banyak pilihan barangan untuk anda beli ketika bercuti bersama keluarga.
Untuk pilihan bajet, hotel ini memang terbaik. Berbaloi dengan harga.