Site icon Travel Blogger Malaysia

Malaysia Animation Park Studios MAPS Ipoh Taman Animasi

Anda di Malaysia akan mempunyai pilihan hiburan baru dengan pembukaan Taman Studio Animasi yang pertama di Asia dengan Malaysia Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak tidak lama lagi. Antara yang akan menjadi kebanggaan, ialah dengan adanya watak tempatan yang akan menghiasi taman animasi ini sebagai salah satu tarikan utama di sana.

Khabarnya ia akan dirasmikan dengan gilang gemilang pada bulan Julai 2016 dengan menawarkan pelbagai tawaran promosi menarik untuk semua pengunjung.

Malaysia Animation Park Studios

Malaysia Animation Park Studios

Apa yang menarik sempena pembukaan Malaysia Animation Park Studios MAPS Ipoh ini??? Antaranya ialah tawaran belian Day Pass, Perak Pass dan juga Annual Pass yang memang menarik. Harga tiket masuk ke Movie Animation Park Studios Ipoh ialah :

Pass Sehari (Daily Pass) Tanpa MyKad
Dewasa : RM 155

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 125

Pass Sehari (Daily Pass) Dengan Mykad
Dewasa : RM 133

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 103

Tempahan Atas Talian (On-Line)

Pass Sehari (Daily Pass)
Dewasa : RM 128

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 98

Pass Sehari (Daily Pass)
Tempahan untuk 10 orang keatas
Dewasa : RM 123

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 93

Pass Setahun (Annual Pass)
Dewasa : RM 280

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 250

Perak Pass adalah khas untuk rakyat Perak. Keistimewaan ini membolehkan mereka mendapat harga tiket yang lebih murah.

Perak Pass
Warga Perak (IC Perak)

Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Dewasa : RM 180

Kanak – Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 150

Antara yang menarik di Movie Animation Park Studios Meru ini adalah ANIMATION SQUARE, Home of BoBoiBoy yang menampilkan BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam dan banyak lagi.

Malaysia Animation Park Studios

 

 

 

 

Selain itu, pilihan permainan lain termasuk animasi The Croods, Megamind, Casper, Space Bandits, Space Face dan banyak lagi “Ride” yang boleh anda cuba di Malaysia Animation Park Studios Ipoh (MAPS) ini. Pendek kata, semua tarikan yang best-best sahaja.

Apa lagi, jika anda jenis yang sukakan taman permainan seperti ini, ambil peluang untuk tawaran promosi murah sempena dengan pembukaan MAPS Ipoh ini. Kalau dari Kuala Lumpur menuju Ipoh, tidak la jauh mana, boleh memandu atau menaiki ETS untuk ke sana dan alami permainan hebat di MAPS Ipoh.

Waktu operasi Malaysia Animation Park Studios (MAPS Ipoh) ini ialah :
Isnin, Selasa, Khamis : 11.00 pagi hingga jam 6.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 11.00 pagi hingga jam 7.00 petang
Rabu : Tutup (Kecuali Hari Cuti Umum)

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.mapsperak.com.

p/s : Dengar kata Taman Tema Twentieth Century Fox Genting Highland akan dibuka tahun ni juga – http://www.mrjocko.com/2013/07/twentieth-century-fox-genting-highland.html

Exit mobile version