Malaysia Juara Hoki Remaja Asia 2012 Penantian 20 Tahun
|Malaysia Juara Hoki Remaja Asia 2012 Penantian 20 Tahun. Malaysia memecahkan badi selama 20 tahun apabila pasukan hoki remaja negara menewaskan pasukan Pakistan dengan keputusan perlawanan akhir Piala Remaja Asia dengan jaringan 2 – 1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka semalam.
Baca : Sukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah
Malaysia Juara Hoki Remaja Asia 2012 Penantian 20 Tahun
Skuad Hoki Remaja yang di bawah kendalian Coach Muhammad Dharmaraj Abdullah itu telah memastikan kemenangan selepas penantian 20 tahun, sejak perlawanan final 1992. Pemain remaja berbakat Faizal Saari pula menjadi pujaan dan bermain setaraf bintang hoki antarabangsa apabila membantu pasukan menjaringkan gol pasukan negara.
Tahniah! Semoga kualiti dan prestasi hoki negara akan terus meningkat dan bertaraf dunia dengan penampilan mereka di masa yang akan datang.
Squad Remaja Hoki 2012 Terima Hadiah
Masih jauh lagi perjalanan mereka di hadapan. Kejayaan dan pengalaman mereka ini akan memberi impak positif kepada semua. Ia pasti akan memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam sukan Hoki negara.