Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Malaysia Website Awards 2016 Exabytes Di Pulau Pinang

MrJocko.com mengorak langkah setapak lagi dengan penghargaan di malam Malaysia Website Awards 2016 Exabytes yang berlangsung di Pulau Pinang pada 21 Januari 2017. Ini adalah penghargaan pertama bagi tahun ini dan kejayaan untuk team Blooggers Media. Walaupun ia satu award yang kecil, tetapi amat bermakna untuk kami.

Malaysia Website Awards 2016 kali ini meraikan penggiat website dan blog seluruh Malaysia dan merupakan tahun kedua ia dianjurkan. Penganjur utama ialah penyedia perkhidmatan Hosting terbesar di Malaysia iaitu Exabytes yang berpusat di Pulau Pinang.

Malaysia Website Awards 2016 Exabytes (MWA2016)

malaysia website award

 

Blog MrJocko dicalonkan untuk Site of The Month July 2016 dan terpilih sebagai pemenang. Kategori ini adalah untuk kategori Blog Personal dan sebenarnya ada ketegori lain yang boleh anda pertandingkan termasuk kategori E-Commerce dan juga Business.

MrJocko dijemput ke Majlis MWA2016 ini yang berlangsung di Wisma Yeap Chor Ee di Pulau Pinang. Of course, kerana nak support majlis ini dan juga nak ambik award, MrJocko dan family memandu dari KL ke Penang sambil ambil peluang bercuti di sana.

 

malaysia website award malaysia website award malaysia website award malaysia website award malaysia website award malaysia website award

 

Pada malam tersebut lebih dari 36 pemenang dari semua kategori berhimpun bersama-sama dengan penaja majlis yang lain. Majlis MWA2016 sederhana tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran jemputan termasuk VVIP dan juga pihak Juri MWA2016.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur dan penaja Utama iaitu Exabytes yang menganjurkan majlis Malaysia Website Awards 2016 Exabytes ini serta penaja lain. Tidak lupa terima kasih juga kepada Juri yang memilih pemenang. Tahniah kepada pemenang kategori lain yang memang juga awesome dan memberikan inspirasi kepada Blooggers Media untuk terus berkarya.

InsyaAllah, tahun ini 2017, Blooggers Media akan menghantar beberapa lagi penyertaan untuk kategori yang dipertandingkan. Jumpa anda di #MWA2017 nanti yer,,, InsyaAllah kalau ada rezeki.

 

 

malaysia website award malaysia website award

 

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.