Site icon Travel Blogger Malaysia

Malaysian Vaccination Rate Setakat 25 Januari 2022 Termasuk Booster

Memasuki awal tahun 2022, saya sendiri telah mendapat suntikan Booster, suntikan vaksin ketiga jika dikira termasuk 2 dos Vaksin wajib pada tahun lepas. Ini antara usaha dan ikhtiar saya untuk mencegah dari wabak Covid-19 dari terus merebak dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Nampaknya, Malaysian Vaccination Rate Setakat 25 Januari 2022 Termasuk Suntikan Booster sdah semakin meningkat dan diharapkan akan mencapai peratusan tertinggi seperti yang dirancang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ya, memang ramai yang masih lagi sangsi dengan suntkan Vaksin dan juga suntikan Booster. Itu hak individu. Namun, kami setakat ini tiada masalah dengan arahan kerajaan ini dan cuba sedaya upaya untuk laksanakan mana yang kami fikir baik untuk kami.

Baca : Suntikan Vaksin Covid-19 PWTC Kuala Lumpur

Example

 


Malaysian Vaccination Rate Setakat 25 Januari 2022 Termasuk Suntikan Booster

Malaysian Vaccination Rate
 

Cuma kali ini, lokasi PPV yang saya singgah tidak selesa seperti di PWTC dan beberapa lokasi lain ketika mula-mula mendapat suntikan Vaksin Pertama dan Kedua. Keadaan bangunan yang sempit, bangunan tidak siap, ruang yang tidak kemas, serta agak panas, tidak seperti apa yang kami harapkan.

Namun, perjalanan urusan dari Step 1 hingga ke urusan terakhir agak terurus. Cuma sesekali ada sedikit riuh, salah faham akibat tiada kawalan dari pihak Polis atau RELA.
 

Booster

Booster Pfizer

 

Kalau mengikut dari data Malaysian Vaccination Rate ini, saya berpendapat suntikan Booster ini agak perlahan. Namun, diharapkan supaya ia akan dipercepatkan lagi supaya keadaan akan kembali lebih baik dan sempadan akan mula dibuka.

Bagi kami yang terlibat secara langsung dalam Industri Pelancongan, sudah pasti mengharapkan pelancong dan kami boleh melancong ke luar negara dengan mudah seperti zaman sebelum pandemik.
 

Sumber : Peratus Vaksinasi Malaysia Terkini

Kebanyakkan negara-negara Asia, masih lagi belum membuka sempadan kepada pelancong Asing. Walaupun begitu, jika anda mempunyai bajet yang besar, pintu sempadan negara Eropah sudah lama dibuka dan anda bebas ntuk melancong ke negara-negara seperti Turki, UK, United States dan lain-lain mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak Kerajaan. Ini termasuk lengkap Vaksinasi, membuat PCR Test, Kuarantin dan beberapa syarat lain.

Untk kita yang mempunyai bajet yang sederhana, sabar dahulu. Kita mulakan dengan Cuti-Cuti Malaysia dahulu sebelum sempadan negara dibuka untuk travel ke negara yang menawarkan bajet yang lebih berbaloi.

Doakan kesejahteraan dunia dan bebas dari wabak Covid-19.

Exit mobile version