Wah!!! Khabar gembira untuk semua kaki travel. Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi 16 September 2021. Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau lagenda itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan membawa penumpang seperti sebelum ini.
Baca : Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah
Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi 16 September 2021
Untuk informasi hingga kini, penerbangan Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang Skypark yang menjadi pilihan bagi perjalanan domestik.
“Sempena pembukaan semula Langkawi khusus buat individu yang sudah lengkap divaksin selain sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Malindo Air menawarkan promosi 15 kilogram (kg) percuma bagasi.
“Ia diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super Saver’ yang melakukan perjalanan dengan semua penerbangan kami,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Kredit Gambar : Langkawi Info
Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi
Menurut Mushafiz, tahun 2021 adalah tahun yang mencabar buat industri penerbangan. Namun bagaimanapun keadaannya kini disifatkan semakin baik dengan pembukaan semula Langkawi. Rancangan ini sangat bernilai bagi memajukan kembali industri penerbangan dan pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19.
Tambahnya lagi, pihaknya berharap pembukaan semula ini akan memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.
“Malindo Air akan bekerjasama dengan kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tourism Malaysia untuk memastikan inisiatif pelancongan ini berterusan dengan kaedah selamat dan berkualiti.
“Kami juga memastikan semua kakitangan kami lengkap divaksin untuk mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada orang ramai dan pelanggan,” katanya.
Aktiviti pelancongan dalam tempoh COVID-19 dijangka menjadi lebih ketat di mana penumpang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan sekatan tertentu yang masih perlu diguna pakai mengikut saranan daripada pihak berwajib.
Informasi Tentang Fireflyz
Firefly is a Malaysian airline operating flights in Malaysia, Indonesia, Singapore and Thailand. It is a subsidiary of Malaysia Airlines and has its head office in Petaling Jaya, Selangor