Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Produk Mamee Di Pameran Halal Antarabangsa MIHAS 2016

Mamee di Pameran Halal Antarabangsa MIHAS 2016. Sudah pasti jenama Mamee tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita rakyat Malaysia. Sejak puluhan tahun, jenama ini sudah sebati dengan masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi pakej kecil Mamee Monster dengan sinonim sebutan di dalam iklan “Mamee…..”. Jangan kata kanak-kanak, MrJocko sendiri sejak dari dulu sudah terbiasa dengan jenama Mamee.

Mengikut sejarah penubuhannya, ia bermula sejak tahun 1972. Kalau dulu, ia mula dikenali dengan nama ‘LUCKY’, tetapi ia mula ditukar menjadi jenama ‘MAMEE’ (sebutan Mummy). Mamee begitu cepat menjadi perhatian umum dan menjadi salah satu makanan ringan yang paling popular di seluruh negara.

Baca : Produk Mamee Memang Sedap dan Halal

Produk Mamee Di Pameran Halal Antarabangsa MIHAS 2016

Kini selepas 45 tahun, Mamee-Double Decker telah menjadi pengeluar makanan Halal dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama global. Paling ketara, produk kentang Mister Potato yang diperkenalkan pada tahun 1992 kini menjadi jenama No.1 kentang nipis di negara ini. Sejak itu, seiring dengan peredaran waktu, Mamee-Double Decker telah mengeluarkan banyak lagi produk ‘snacks’ untuk pilihan pengguna di Malaysia dan global.

 

 

 

Kali ini, Mamee di Pameran Halal Antarabangsa MIHAS 2016 mendekatkan diri mereka kepada umum dalam berkongsi beberapa lagi produk Halal terbaru mereka sebagai makanan ‘snacks’ untuk anda sekeluarga. Antara yang terbaru, produk Perfecto Popcorn dan juga Mamee Chef Premium yang memang sedap.

Pertama kali MrJocko singgah di Booth Mamee di Mihas 2016, teruja melihat rupanya ada banyak produk keluaran Mamee yang tidak pernah MrJocko cuba. Mungkin ada juga yang tidak tahu, Mamee juga ada mengeluarkan produk minuma yang dikenali sebagai Cool Tea. Cool Tea ialah minuman penyejuk badan yang berasaskan Teh di mana punyai pilihan Teh Herba Kekwa (Kuning), Teh Herba Teh Hijau (Hijau) dan juga Teh Herba Asli (Biru). Tidak lupa, Nutrigen juga adalah produk minuman keluaran Mamee.

 

 

 

“Rakyat Malaysia memang sudah mengenali jenama Mamee, namun masih ramai yang tidak mengenali beberapa lagi produk keluaran Mamee. Oleh sebab itu, kami berusaha dalam memperkenalkan kepada umum, kesemua produk yang kami ada untuk pilihan kepada semua rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama, kami berusaha dalam mengembangkan lagi produk Halal Mamee ke seluruh dunia termasuk Eropah, Timur Tengah, Afrika dan juga semestinya di Asia. Buat masa ini, Mamee berbangga kerana produk-produk ini telah berjaya menembusi sehingga lebih 100 buah negara di seluruh dunia.” jelas En Ahmad Shukry Ibrahim, Pengurus Hal Ehwal Islam dan Kerajaan bagi Mamee-Double Decker.

Kata En Shukry lagi, produk-produk Mamee yang dikilangkan di Malaysia, sentiasa mengikut piawaian kualiti terbaik dan dijaga dari segi kebersihan dan halal. Oleh itu, tidak perlu risau, jika anda terjumpa produk Mamee Malaysia di luar negara, ia adalah produk halal dan tidak perlu ragu-ragu lagi. MrJocko lepas ni, jika travel ke luar negara, nak cuba cari produk Mamee. Ini kerana, seperti produk Mister Potato yang dijual di Australia, ada beberapa jenis, memang tidak dijual di Malaysia kerana ia dicipta dan dikilangkan khas untuk jualan di Australia sahaja. Korang pernah makan Mister Potato yang berwarna Unggu???

Dalam banyak-banyak produk Mamee ini, memang yang selalu menjadi pilihan MrJocko ialah Mamee Chef cup, Mister Potato dan juga Nutrigen untuk kami sekeluarga. Mamee Chef yang dicipta oleh Mamee dan Chef Ismail ini antara produk mee tarik segera terbaik pernah MrJocko rasa. Ia penyelamat untuk MrJocko sewaktu waktu-waktu kelaparan ketika melancong dan juga di rumah :). Nak cepat, tuang air panas dalam 2 – 3 minit, letak perencah yang disertakan, makan. Terbaikkk!!!

Mamee di Pameran Halal Antarabangsa MIHAS 2016
Antara produk keluaran Mamee

Kalau cerita pasal produk Mamee ni, rasanya banyak lagi nak boleh MrJocko kongsi. So, untuk anda yang mungkin tidak pernah cuba produk baru Mamee, boleh cuba Mamee Chef, Mamee Express, Mister Potato, Nutrigen, Cool Tea, Kentang Perfecto, Perfecto Popcorn dan banyak lagi. Selagi anda punyai gigi, kesemua produk Mamee adalah sesuai untuk anda semua 🙂 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk Mamee Malaysia, boleh layari laman web rasmi mereka www.mamee.com atau lawat Mamee Fun Squad https://www.facebook.com/MameeFunSquad/ dan juga Fanpage Mamee Chef https://www.facebook.com/mymameechef/

Untuk info umum, kesemua produk keluaran Mamee dikilangkan di Malaysia iaitu di alamat Lot 1, Air Keroh Industrial Estate, 75450 Melaka, Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.