Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mandi Bersama Ikan Lumba-Lumba Di Bali Dolphin Lodge

Bali Dolphin Lodge antara lokasi unik pernah MrJocko singgah ketika dalam pengembaraan ASEAN Pass bersama AirAsia. Untuk info, Bali Dolphin adalah lokasi yang terkenal di Bali, di mana di sini ada beberapa program dan aktiviti bersama Ikan Lumba-Lumba ataupun Dolphin. Anda boleh berinteraksi dengan Dolphin di sini mengikut pakej yang disediakan.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Bali Indonesia

Mandi Bersama Ikan Lumba-Lumba Di Bali Dolphin Lodge

Bali Dolphin
 

Bali Dolphin Lodge ini antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dari Eropah. Sebab itu, tidak hairan kalau sepanjang bulan, tempahan untuk pakej mandi bersama Dolphin di Bali ini seringkali penuh dan mendapat sambutan di luar dugaan. Sebab itu, sebaiknya kalau anda ingin mencuba aktiviti di Bali Dolphin Lodge ini, mohon buat tempahan lebih awal di sini —> Bali Dolphin Lodge.

Kawasan pelancongan popular Bali Dolphin Lodge ini direka khas dan dibina di atas pelantar ‘sea pen’ jaring yang agak luas untuk keselesaan ikan lumba-lumba dan pengunjung.

Untuk pakej yang di sediakan di Bali Dolphin Lodge ini, anda boleh memilih samada untuk pakej Dolphin Watching, Swim with Dolphin atau Dolphin Interaction. Anda akan dibawa dalam satu kumpulan yang sederhana, sekitar 5 – 6 orang dan diberi peluang untuk bersama Dolphin selama lebih kurang 30 minit.
 

Bali Dolphin Lodge Bali Dolphin Lodge bali_dolphin_package_03 Bali Dolphin Lodge
 

Tawaran harga pakej di Bali Dolphin Lodge ini, ia terbuka kepada dewasa dan kanak-kanak. Pakej boleh anda pilih dari harga sekitar USD79 bagi setiap pax, termasuk makan ringan, bot pergi balik dan juga transport dari lokasi bandar Bali seperti di Kuta, Legian, Sanur atau sekitarnya.

Ia memang satu pengalaman terbaik. Walaupun MrJocko tidak sempat untuk sertai sessi mandi dan berenang dengan Dolphin, tetapi kelihatan ia memang menarik dan mesti dicuba. InsyaAllah next time akan ke sana lagi.
 

bali_dolphin_package_07 Bali Dolphin Lodge

 
Luangkan masa anda dan teroka pengalaman bersama Dolphin dengan pakej seperti ini. Tak sia-sia kalau anda singgah di Bali Dolphins ini. Ia akan memberikan anda pengalaman yang unik dan tidak mungkin akan sama dengan pengalaman menonton Dolphin berenang di laut, seperti sebelum ini.

Terbang ke Bali dari Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.