Mandi Di Hot Spring Lubuk Timah Sesuai Untuk Sekeluarga
|Pernah dengar Lubuk Timah? Ramai yang kini kenalinya dengan Taman Rekreasi Lubuk Timah. Kalau nak tahu, Mandi Di Hot Spring Lubuk Timah Sesuai Untuk Sekeluarga. Berbaloi dengan bayaran masuk, ada kolam mandi air panas dan juga air sungai yang sejuk.
Lokasi kolam air panas ini memang baru di Simpang Pulai, Perak. Tetapi, sebenarnya ia sudah lama menjadi pilihan mereka yang sukakan ‘khasiat’ air panas semula jadi ini.
Kolam Air Panas Lubuk Timah
Khabarnya, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di Lubuk Timah Hot Spring di Simpang Pulai, termasuk kerja menaik taraf jalan raya ke pusat pelancongan itu dan ia dijangka siap sebelum Tahun Melawat Perak 2017.
Pusat rekreasi ini adalah strategik kerana ia ditengah-tengah jalan menuju Cameron Highlands.
Bayaran RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak merupakan bayaran yang murah untuk pengunjung. Ini kerana, kemudahan yang disediakan di sini boleh dikatakan terbaik kerana ia mempunyai kolam mandi air panas dan juga sungai air sejuk untuk semua lapisan umur.
Nak menginap di sini pun boleh. Ada 2 Chalet yang cantik dibina ditepi sungai. Harga chalet berbeza mengikut bilik dan ia sesuai untuk pengunjung yang ramai seperti sekeluarga.
Bagi anda yang ingin menyewa pakej yang lebih murah, menginap di Lubuk Timah, boleh menginap di kabin dan bilik dorm kontena yang akan siap tidak lama lagi dengan harga sewa bilik yang lebih murah dan berbaloi untuk back packers.
Taman Rekreasi Lubuk Timah sebenarnya berkeluasan 4.046 hektar menjadi pusat rekreasi keluarga yang sesuai kerana memiliki keunikan air terjun dan kolam air panas. Anda suka mandi air panas, boleh pilih beberapa tahap kepanasan air di sini. untuk yang suka mandi air sungai yang sejuk dan air terjun, sungai di sini menjadi pilihan.
Kalau dah puas mandi, boleh bersantai menaiki kuda. Harga untuk servis ini murah sahaja dan ia memang berbaloi untuk anda cuba.