• Mon. Sep 25th, 2023

Mandikan Anak Kucing Mia Dan Kiki

1401412777320-775415

Anak kucing kat umah yang diberi nama Mia dan Kiki kini dah berumur 2 bulan. Masing-masing dah pandai makan sendiri, dah pandai makan makanan kibbles dry food dan juga dah pandai ‘buang’ dalam pasir. Sekejap jer dah besar.

Memandangkan seminggu MrJocko kat Korea dan budak-budak bulus ni dah lama tak mandi, semalam MrJocko mandikan keduanya sekali. Macam biasa, cara mandikan anak kucing ni mudah sahaja. Letakkan dalam besen air, campurkan dengan syampoo kucing dan bilas beberapa kali. Pastikan jangan biarkan air yang memercik tidak terkena muka anak kucing ni. Nanti kesian pulak pedih mata akibat syampoo.

 

Cara Mandikan anak kucing

Mandikan anak kucing

 

Sekejap jer mandikan anak kucing ni. Dah selesai bilas, lapkan dengan towel biar sedikit kering dan biarkan kucing tu sendiri keringkan bulunya nanti. Nak keringkan pakai blower pun boleh.

Tak sampai 15 minit, anak-anak kucing yang nama Mia dan Kiki ni dah bersih dan dah boleh rilek dalam sangkar :).

Cute kan Mia dan Kiki???

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Mandikan Anak Kucing Mia Dan Kiki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.