Musim Buah Mangga Harumanis Perlis Yang Sedap
|Buah mangga Harumanis Perlis semakin menjadi viral sejak seminggu dua ni gara-gara musim berbuah dan musim masak buah harumanis ini sudah bermula di negeri Perlis Indera Kayangan. Sudah lama kita tahu, Harumanis Perlis memang mangga yang paling terbaik dan terkenal produk buatan Malaysia dan lebih disukai berbanding mangga siam yang lain.
Mangga Harumanis Perlis ini sekarang menjadi carian ramai penggemar buah di Malaysia. MrJocko sendiri pernah menulis tentang Harga Harumanis Perlis ini tahun lepas yang dianggarkan sekitar harga RM20 bagi setiap kg. Sekotak buah harumanis Perlis boleh memuatkan sekitar 3kg dan tahun lepas harga sekotak ialah RM75, termasuk kos penghantaran.
Baca : Harga Buah Mangga Harumanis Perlis
Musim Buah Mangga Harumanis Perlis Terkenal
Semalam, MrJocko ada la tanya member-member mana nak cari mangga Harumanis Perlis ni disekitar Kuala Lumpur. Ramai yang memberitahu, ada rakan di Facebook yang menjual buah mangga Harumanis ini asli dan ditempah khas dari Perlis. Harga yang ditawarkan sekarang untuk buah mangga Harumanis sekitar RM25 hingga RM30 bagi setiap kg. Biasanya mereka akan jual buah mangga Harumanis Perlis ini satu kotak dengan berat 3 kg dan dijual pakej antara RM75 sekotak hingga RM90 sekotak. Harga tidak termasuk kos penghantaran.


Antara tips yang dikongsi oleh rakan-rakan, bagaimana nak cari buah Harumanis Perlis yang asli jika anda bukan seorang yang pandai memilih jenis Harumanis, anda dinasihatkan untuk membeli buah mangga Harumanis Perlis di Jabatan Pertanian Perlis atau di Pasar Tani sekitar Perlis. Ini kerana, ada beberapa kes, ramai peniaga yang kuran beretika menjual buah mangga biasa tetapi mengatakan itu buah baka Harumanis Perlis.
Untuk yang berada di Kuala Lumpur, kalau nak cari mangga Harumanis dan beli buah mangga paling terkenal di Perlis ini, anda boleh datang ke Medan MARA Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Mei 2015 dan juga TKS Foods Festival di Batang Kali, Selangor untuk mendapatkan buah mangga Harumanis yang asli dari Perlis dengan harga yang berpatutan.