Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Kawan MrJocko Mangsa Langgar Dan Curi Kereta

Cerita Kawan MrJocko Mangsa Langgar Dan Curi Kereta. Ya, semalam sekitar jam 9.45 malam, MrJocko terbaca status member baik di Facebook, katanya kereta beliau dilarikan perompak. Mengikut maklumat awal, dia di langgar dan di tetak dengan parang oleh perompak sebelum dilarikan keretanya ke arah Kajang dari Persimpangan Tun Hussein Onn.
Siang tadi, sempatlah singgah rumah beliau untuk melawat. Mengikut apa yang dikongsi, beli pada mulanya dilanggar dari belakang, selepas Tol Grand Saga Cheras dan dia dalam perjalanan pulang selepas kerja sekitar jam 9.30 malam.

Baca : MrJocko dan Cerita Kawan-Kawan

1. Dari apa yang kawan MrJocko kongsikan, ketika beliau di langgar, beliau sedang memandu kereta  beliau dalam kelajuan sekitar lebih kurang 100 km/j. 
2. Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam di lebuhraya Cheras Kajang selepas Tol Grand Saga.
3. Suspek dari pengamatan beliau, 2 lelaki berbangsa India, seorang bertubuh tegap dan seorang lagi berbadan kecil dan berambut kerinting.
4. Suspek membawa kereta Proton Wira dan di percayai sememangnya sudah ada kesan remuk di bahagian hadapan.
5. Setelah kereta suspek melanggar, mangsa akan berhenti di tepi jalan dan suspek  berlakon mahu selesaikan kes tersebut dengan mudah dan tak nak report kerana menyatakan kereta mereka itu ialah kereta sewa.
6. Mangsa terperdaya dan belum sempat buat apa-apa suspek menangkap mangsa dan memaksa mangsa menyerahkan kunci kereta jika mahu selamat.
7. Jika mangsa melawan, suspek akan menggunakan kekerasan dan menggunakan senjata tajam. Dalam kes kawan MrJocko, beliau terkena beberapa tetakan senjata tajam dipercayai parang.
8. Setelah beberapa ketika, mangsa tak berdaya dan terpaksa menyerahkan kunci kereta bimbang akan terus dicederakan.
9. Sepantas kilat suspek melarikan kereta mangsa tanpa meninggalkan apa-apa barangan.
Mangsa Langgar Dan Curi Kereta
Mangsa Langgar Dan Curi Kereta
Untuk peringatan kita, sila berhati-hati sentiasa. Apa yang pernah MrJocko baca sebelum ini, sila ikuti beberapa cadangan yang pernah di kongsi di internet.
1. Sekiranya di langgar oleh mana-mana kenderaan, sila pastikan yang anda bukan berada di tempat yang sunyi. Jika di tempat yang tiada laluan kenderaan lain, mahu atau tidak, pandu sahaja sehingga anda berjumpa dengan Balai Polis atau kawasan yang selamat.
2. Jika sekiranya anda berhenti, dan orang yang melanggar anda adalah orang yang mencurigakan, tinggalkan sahaja dan tuju ke Balai Polis. Jangan ambil risiko.
3. Ingat maklumat-maklumat asas seperti, kereta apa yang melanggar anda, warna kenderaan, No pendaftaran kenderaan, orang yang melanggar dan apa-apa lagi maklumat yang boleh anda ingat.
4. Kalau dah berada dalam situasi terperangkap dengan perompak, berikan sahaja kunci kenderaan anda, selamatkan diri dan keluarga anda adalah keutamaan.
ada idea dan langkah-langkah keselamatan yang lain??? Sila kongsi,,,

Semoga dipermudahkan urusan kawan MrJocko yang menjadi Mangsa Langgar Dan Curi Kereta.

p/s : Member MrJocko kehilangan kereta jenis Mazda 6 berwarna Putih dan no pendaftaran WWB625. Sekiranya ada maklumat, boleh la hubungi Balai Polis Kajang. Terima kasih.

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.