Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Manicure Untuk Lelaki Tatarias Kuku Untuk Lelaki

Manicure Untuk Lelaki Tatarias Kuku Untuk Lelaki. Ada yang bertanya, orang lelaki boleh ke buat Manicure dan Pedicure? Tak nampak macam pondan ke bila orang lelaki buat manicure pedicure? Itu soalan yang klise selalu kita dengar mungkin, sebab kalau sebut pasal manicure pedicure selalunya dikaitkan dengan orang perempuan. 

 

Tapi sekarang zaman dan semakin berubah, orang lelaki pun ada ramai yang suka kepada metroseksual yang mementingkan penampilan yang bergaya dan urban. Jadi tidak hairan la kalau ada manicure untuk lelaki. Lihat sahaja sekarang lelaki pun dah pandai pergi ke spa, pergi buat facial dan termasuk la yang buat manicure dan pedicure.

 

Manicure Untuk Lelaki Tatarias Kuku Untuk Lelaki

Tadi semasa majlis Live Viewing Abu Dhabi Grand Prix di Symphony Lake KLCC, MrJocko sempat buat kuku atau tata rias kuku manicure untuk lelaki di booth yang disediakan oleh pihak penaja, Petronas. Memandangkan ia peluang yang baik untuk manjakan kuku dan buat rawatan kuku sambil menonton perlumbaan akhir Formula 1 Abu Dhabi, MrJocko turut membuat manicure selama 20 minit.

 

 

 

Manicure Untuk Lelaki : Tatarias Kuku

 

Manicure Untuk Lelaki : Tatarias Kuku Lelaki

 

 

 

Untuk sesi manicure kuku untuk lelaki ini, mereka akan trim kuku menjadi lebih kemas dengan membuang kulit yang mati, kuku yang berlebihan, kemasan dan mengilap supaya nampak kemas dan berkilat. Juru hias akan gosok kuku jari anda untuk buang kuku yang panjang, berlebihan, rosak dan kemaskan supaya ia lebih nampak cantik dan terurus.

 

Kalau pakej manicure biasa selama 30 minit di rawatan Manicure Pedicure biasa bernilai sekitar RM30, tetapi MrJocko buat di sini secara Percuma. Terima kasih kepada Petronas atas tajaan ini.

 

Jadi, jika ada yang bertanya, ada tak pedicure dan manicure untuk lelaki? Jawapannya ada. Sebagai lelaki, anda juga boleh menjaga kemasan untuk kuku jari tangan dan kaki anda untuk penampilan yang lebih menarik dan sopan. Kalau nak cuba, cuba lah buat manicure basic untuk kuku jari tangan anda, anda pasti akan puas hati 😉

 

Kenapa orang lelaki pun patut buat Pedicure dan Manicure? Baca Link AskMen.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.