Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Filem Mantera Sehebat Transformers

Bagi peminat filem aksi fiksyen, apa kata korang bila tengok Trailer filem Mantera, satu pendekatan baru filem aksi fiksyen yang membawakan watak robot ekstrem sebagai watak hero dalam filem.MrJocko pun belum tengok lagi, cuma dapat review filem Mantera dari pembacaan yang ada member-member kongsi.

Filem ini mengisahkan pergolakkan diantara dua kumpulan rahsia yang kononnya menguasai dunia dari balik tabir iaitu kumpulan Alliance of Light (AOL) dan Dark Legions.

Kisah menceritakan kumpulan Dark Legions di bawah syarikat Waston Tech sedang mengusahakan satu projek senjata rahsia yang dinamakan Mantera yang juga satu sistem kombinasi motosikal dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik. Lebih kurang sama denga n cerita kartun Mospeada kot…?

Bagaimanapun ketua pereka projek Mantera berniat jahat dengan membawa lari blue print asal projek Mantera dan mahu menggunakannya dengan tujuan yang jahat.

Azman seorang pelajar IT, dan rakan baiknya Kevin, Membina semula Mantera dan tanpa diduga Mantera ciptaan mereka mempunyai kuasa Superhuman dan kekuatan yang luarbiasa.

Apa yang akan berlaku selepas itu, kena la datang tengok. Dari segi jalan cerita nampak best jugak, tapi dari segi teknik komputer CGI ni, nampak masih kurang. Takpa, boleh dipertingkatkan lagi.

 

Filem Mantera Sehebat Transformers
Filem Mantera Sehebat Transformers

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.