Manzil Downtown Dubai Hotel Sebelah Dubai Mall
|Pertama kali ke Dubai, antara yang menjadi pilihan semestinya lokasi hotel yang sesuai dan berdekatan dengan pusat tumpuan pelancong di Dubai. Kami dibawa menginap di Manzil Downtown Dubai, hotel group yang sama dengan Vida Hotel Dubai, hanya beberapa meter dari lokasi Dubai Mall dan juga Burj Khalifa Dubai.
Ia memang lokasi terbaik kerana tak perlu nak jalan jauh untuk ke Dubai Mall, tempat membeli belah dan pusat gedung terbesar di United Arab Emirates. Segala-galanya ada di dalam Dubai Mall UAE.
Baca : Terbang Dari KLIA ke Dubai Dengan Emirates
Manzil Downtown Dubai Hotel Sebelah Dubai Mall
Baca : Hotel Review Madinat Jumeirah Dubai Hotel Mewah Terbaik di United Arab Emirates
Baca : Pusing Bandar Dubai dengan Dubai-City-Pass
Dari luar nampak biasa, tetapi Manzil Downtown Dubai ini adalah antara lokasi hotel 5 Bintang yang populr di Dubai. Senibina hotel, rekaan dalaman serta ruang bilik yang masih mempunyai unsur senibina Emiratis serta gabungan moden memang memukau tetamu hotel, seperti MrJocko.
Walaupun ia bukan sebuah hotel yang mempunyai banyak tingkat, tetapi ia masih menawarkan servis bertaraf 5 Bintang terbaik dengan lobby yang elegan, ruang makan, restoran, kolam mandi, bilik dari standard sehingga suite dan juga khidmat servis yang memang bertaraf 5 bintang.
Selama 4 malam MrJocko di Dubai, di sini lah tempat untuk melelapkan mata, sarapan pagi serta tempat untuk menikmati pengalaman menginap di hotel terbaik di Dubai, United Arab Emirates.
Ruang bilik memang luas dengan katil bersaiz King dan ruang meja kerja yang agak luas. Tilam memang empuk ditambah dengan 4 bantal yang memang gebu untuk waktu tidur anda.
Almari disertakan dengan baju mandi, extra bantal, seterika dan board, peti simpanan, mini bar dan hanger yang memang banyak untuk anda gantung pakaian anda. Tambah menarik dengan ruang bilik air yang luas dan bath tub yang memang selesa untuk anda berendam.
Untuk pengalaman menginap di Manzil Downtown Dubai Hotel, saya sanggup berikan 5 out of 5 sebagai pengalaman yang terbaik, ditambah dengan complimentary buahan pada hari pertama kami sampai dan kepingan coklat setiap hari. Sebab itu juga, saya juga akui bahawa Vida Hotels Dubai, antara hotel Luxury terbaik yang pernah saya inap selama ini.
Cantik! walaupun tak nampak gah sangat tapi facilities tu yang tak dapat nak tanding kan?