Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Marble Mountain di Da Nang Vietnam

Marble Mountain Da Nang menjadi tarikan yang menarik untuk semua pelancong jika ke Da Nang. Lokasi bukit batu marmar dan batu kapur ini hanya beberapa kilometer dari bandar Da Nang, mudah untuk ditujui samada menggunakan Bas, Teksi atau Motorsikal.

Batu Marmar adalah salah satu tarikan utama di Da Nang Vietnam, dan di marble Mountain juga sememangnya ada batu marmar.

Di Vietnam katanya memang ada banyak ‘marble’ yang terhasil dan terletak di beberapa gunung di seluruh Vietnam. Di Da Nang, bukit yang terkenal dengan batu Marmar di kenali sebagai Marble Mountain Da Nang. Ia terkenal bukan sahaja kerana ada batu marble, tetapi kerana ada beberapa kuil terbina hasil dari sejarah yang ada di Da Nang.

“Antara cerita yang terkenal, asal usul Marble Mountain ini didiami oleh seorang Anak Raja yang merantau dan kemudian bermastautin di Bukit ini. Katanya Putera Raja tersebut berasal dari India, kerana berdasarkan beberapa sumber dan pengaruh budaya Hindu yang dibawa pada ketika itu.”

Marble Mountain Da Nang

Marble Mountain di Da Nang Vietnam

Lokasinya berada di tengah bandar Da Nang dan ia mempunyai Bukit Marmar dan Gua Batu Kapur. Bukit ni adalah antara salah satu dari kumpulan 5 gunung yang nama dipercayai oleh warga tempatan sebagai mewakili 5 elemen dalam kehidupan mereka. Bukit Marmar (Marble Mountain Da Nang) ini terletak sangat dekat dengan garis pantai Da Nang dan di tengah-tengah negara Vietnam. Sebab itu, ia adalah antara lokasi Marble Mountain yang terkenal di Vietnam mengikut kepercayaan penduduk tempatan.

Sebelum ini, di Marble Mountain ini, ia menjadi tempat yang popular untuk percutian rohani dan spiritual penganut agama Hindu dan Buddha. Tidak ketinggalan, di sini juga ada tinggalan saki-baki tamadun Champa dan Patung-patung di dalam gua yang menjadi pusat pemujaan mereka yang beragama Hindu dan Buddha.

Marble Mountain Da Nang Marble Mountain Da Nang Vietnam 02

Marble Mountain Da Nang Vietnam 05

Kalau dahulu, untuk naik ke puncak bukit ‘Marble Mountain’ ini, anda perlu melangkah beberapa ratus anak tangga untuk sampai ke atas. Kini, ada pilihan lain iaitu dengan menggunakan ‘Lift Khas’ yang di sediakan di Marble Mountain. Mudahkan???

Untuk naik ke Marble Mountain, anda dikenakan charge 15,000 Dong. Murah jer.

Marble Mountain Da Nang Marble Mountain Da Nang

Di pertengahan Marble Mountain, sudah boleh lihat pengaruh kuil Hindu dan Buddha yang telah dibina di sini sejak ratusan tahun yang dahulu. Kawasan ini memang menjadi tumpuan sejak dahulu, tetapi kini ia lebih kepada warisan untuk pelancong.

Jika anda nak tahu, Kumpulan 5 gunung lain yang berdiri di tengah-tengah Da Nang, yang namanya Ngu Hanh berada, berukuran 2 km panjang, 800 meter lebar dan 500 meter tinggi.

Nama-nama gunung ini, yang mewakili setiap satu daripada 5 elemen, diambil dari sebuah lagu Vietnam lama. Gunung-gunung marmar yang dikenali dengan nama-nama (mengikut arah jam): Hoa Son (gunung api), Kim Son (gunung logam), Tho adalah (gunung bumi), Thuy Son (tempat air) dan Moc Son (kayu gunung).

Marble Mountain Da Nang Marble Mountain Da Nang Vietnam 07Marble Mountain Da Nang Vietnam 08 Marble Mountain Da Nang Vietnam 09 Marble Mountain Da Nang Vietnam 10 Marble Mountain Da Nang Vietnam 11 Marble Mountain Da Nang Vietnam 12 Marble Mountain Da Nang Vietnam 13

Dari bawah, Marble Mountain di Da Nang ini nampak tidak la besar sangat, tetapi bila anda berada di atas, anda akan teruja bila melihat kawasan di atas sememangnya mempunyai banyak bahagian. Ada banyak gua batu kapur dan beberapa patung untung penganut agama Buddha serta kuil Hindu lama.

Langkah perjalanan kami tidak la susah sangat kerana jarak anak tangga tidak terlalu tinggi dan susah. Anak-anak MrJocko, Khalish dan Hasya memang okay dan masih boleh tersenyum riang walaupun memanjat beberapa anak tangga di sini. Jadi, jika anda nak naik ke Marble Mountain, tidak menjadi masalah besar. Jangan risau, mudah sahaja kalau nak jalan-jalan di bukit seperti ini.

Marble Mountain di Da Nang Vietnam Marble Mountain Da Nang Vietnam 15 Marble Mountain Da Nang Vietnam 16 Marble Mountain di Da Nang Vietnam Marble Mountain Da Nang Vietnam 18 Marble Mountain Da Nang Vietnam 20

Ia satu pengalaman baru buat MrJocko dan keluarga. Kalau di Da Nang, semestinya anda mesti lawat dan singgah di Marble Mountain di Da Nang ini. Ia satu tarikan lokasi yang juga ada kaitan dengan sejarah Vietnam dan mempunyai banyak kisah tentang kehidupan masyarakat di Vietnam satu masa dulu.

Terbang ke Da Nang Vietnam dengan AirAsia dan nikmati percutian menarik dengan pakej percutian yang menarik 🙂

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.