Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mari Makan Big Apple Donut di Midvalley

Pernah dengar Big Apple Donuts & Coffee kan??? Mesti la pernah… Banyak outlet Big Apple skang ada kat area KL.

Kali ni kami nak buat review pasal Big Apple Donuts pulak. Outlet yang kami singgah, outlet di Midvalley. Big Apple Midvalley ni ada kat area subway dari Midvalley nak ke The Garden. Sebelum korang nak ke Food Court Lower Ground korang akan nampak besar punya papan tanda.

Aku bukan lah peminat donuts. yang selalu suka makan donuts ni anak aku yang sulong, khalisha. Kalau dulu dia suka makan Dunkin Donuts. Tapi sejak dua menjak ni, banyak sangat pilihan Donuts, mana-mana donuts pun dia ok sajer. Janji donuts.

Harga donuts kat Big Apple ni tak der la mahal sangat. Satu donut berharga sekitar RM2.50 sahaja. Pilih la jenis apa, average semua harga yang sama. Tapi yang aku rasa Big Apple ni best, kalau kat donuts keluaran nya, mesti banyak kacang, aksessori dan jugak coklat tambahan. Kira mewah la. Tak kedekut seperti donuts-donuts lain. Ni yang buatkan Big Apple Donuts sedap dan lazat…

Makan Big Apple Donut di Midvalley
Makan Big Apple Donut di Midvalley

 

Makan Big Apple Donut di Midvalley
Donutella dan Wakeup Wally Donut dari Big Apple

 

Makan Big Apple Donut di Midvalley
The Alien dan Californian Almond,,, sedappp…

 

Kalau aku makan donuts, aku tak suka yang plain. Rasa cam donuts kampung pulak. So, taste aku kena yang ada kacang, coklat atau madu, baru terasa kesedapan .

 

Kali ni kami try 4 jenis sajer. Donutella, Wakeup Wally, The Alien dan Californian Almond. Setiap satu memang sedap,,, nanti lepas ni boleh try lagi…

 

Untuk info pasal menu donut Big Apple lain, bleh jenguk ke web http://www.bigappledonuts.com/

Makan Big Apple Donut di Midvalley

 

Makan Big Apple Donut di Midvalley

 

Makan Big Apple Donut di Midvalley
Semua happy bila dapat makan Big Apple Donuts

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.