Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mari Makan Di Restoran Geng’s Corner

Pertama kali singgah di restoran Geng’s Corner ni, buatkan MrJocko rasa teruja. Seumpama berada dalam filem kartun bila lihat karektor atau watar Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah berada di depan mata. Satu restoran bertukar corak seperti alam filem kartun Geng Pengembaraan Bermula.
MrJocko singgah di Restoran Upin Ipin Geng Corner ni selepas solat Jumaat minggu lepas. Teringin nak cuba menu dan environment yang baru dan kebetulan bro Sohoque bawa MrJocko singgah makan kat sini. 
Lauk pauk yang ada memang banyak pilihan, sedap dan memang best. Harga yang di tawarkan juga cukup murah, berbaloi kalau singgah untuk makan sekeluarga. Restoran ni bersebelahan sahaja dengan markas Les Copaque milik tuan punya hak milik Upin Ipin ni.
Next time nak singgah lagi bawak anak-anak MrJocko, buleh bawa masuk ke pejabat Les Copaque dan alami dunia kartun Upin dan Ipin secara langsung. 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.