Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya

Selepas pulang dari trip Taipei, ini masa terbaik untuk bawa anak-anak keluar jalan-jalan seperti biasa. Hujung Minggu macam ni biasanya kami keluar jalan-jalan di shopping mall jer. Inilah Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya.

Ini antara masa berkualiti yang boleh MrJocko kongsi dengan anak-anak. Untuk setahun dua ni tak dapat nak travel jauh-jauh sebab si Baby Kayla masih lagi kecil.

Pun begitu, nampaknya cuti sekolah hampir tiba. Nampaknya kena plan untuk pegi bercuti mana-mana sambil bawa kakak Khalish dan Hasya jalan-jalan. Rasanya cadang nak ke pulau, tetapi tak tahu nak ke mana lagi.

 

Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya

Sebenarnya lokasi percutian tidak penting, yang penting ada aktiviti bersama keluarga dan luangkan masa berkualiti bersama mereka. Kalau tak dapat travel pergi jauh, masa berkualiti bersama keluarga di sekitar tempat kita tinggal pun sudah memadai.

Ambil la masa untuk sama-sama bersantai di Taman Tasik, window shopping di shopping mall, beriadah di playground atau macam-macam lagi.

 

Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya
Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya
Masa Berkualiti Untuk Keluarga Saya Hargainya

 

Ada duit lebih boleh bawa keluarga melancong dalam negeri. Kalau ada duit lebih, Boleh travel ke luar negara. Ini memang impian semua orang. MrJocko sendiri, kalau boleh memang nak travel overseas, tetapi nampaknya budget belum lagi cukup untuk itu. Kami sekarang sudah berlima, bajet mesti kena cukup.

Harap-harap sebelum buka sekolah tahun 2015 nanti MrJocko dapat bercuti bersama keluarga dan luangkan masa berkualiti bersama-sama.

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.