Masa Untuk Bercuti Ke Rome Kota Terbaik Di Itali
|Itali memang punyai daya tarikan pelancongan tersendiri. Jika anda mahukan keunikkan yang eksklusif, ini masa untuk bercuti ke Rome Kota Terbaik di Itali. Bandar Rome, Ibu negara Itali yang sememangnya terkenal di seluruh dunia dengan pilihan pemandangan architecture dan seni binaan antara yang terbaik di dunia setakat ini.
Kenapa Bercuti ke Rome?
Rome punyai banyak senibina indah. Dengan seni bina mengagumkan itu, ditambah dengan pilihan masakan dan sejarah epik yang tersendiri, Rome kota yang punyai nilai-nilai eksklusif terbaik di dunia.
Bercuti ke Rome
Ramai rasanya yang sudah tahu apa yang menarik di Rome Itali. Banyak tempat yang boleh anda lawat jika melancong ke Rome, mengikut citarasa anda sendiri. Untuk trip bercuti ke Rome, sebaiknya kena rancang itinerary selama 7 hari 6 malam atau seminggu jika mahu lawat lokasi menarik di sekitar kota Rome dan sekitarnya.
Untuk sightseeing di Rome, anda boleh pilih untuk ke Colosseum, Roman Forum, Pantheon, Piazza di Spagna, Piazza Navona, Castel Sant’Angelo, Campo de Fiori dan banyak lagi.
Gambar Menarik di Rome
Tempat Menarik di Rome
Sebagai contoh, Colosseum yang memang terkenal sejak zaman Empayar Rome. Ia merupakan satu monumen yang menjadi pilihan pelancong dunia. Di sini, anda boleh menyaksikan pertempuran berdarah, bersama-sama dengan 80,000 penonton lain di zaman Rome purba. Binaan batu bata dan struktur konkrit ini telah berdiri sejak tahun 80AD dibina dengan perintah Maharaja Rom Vespasian.
Ramai rakan-rakan yang pernah ke Rome Itali, memang memberikan feedback yang memuaskan bila bercuti ke Rome. Samada penginapan, tempat menarik di Rome, jalan-jalan sekitar bandar termasuk makanan di Rome memang menawarkan pilihan percutian yang terbaik. Ya, kos untuk ke Rome dari Malaysia mahal sedikit dari penerbangan ke lokasi negara di Asia, tetapi sebenarnya ia berbaloi untuk anda cuba.
Tiket Penerbangan Murah ke Itali
Untuk info, anda boleh terbang dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Leonardo da Vinci International Airport Rome menggunakan penerbangan Emirates Airline. Dengan status pemenang Anugerah Penerbangan Terbaik Dunia, semestinya terbaik kalau dapat merasai pengalaman terbang dari KLIA ke Rome.
Harga tiket dari Kuala Lumpur International Airport KLIA menuju ke Rome Airport dengan menaiki pesawat Emirates dijual sekitar harga RM3,300++ untuk penerbangan pergi dan balik. Macamana? Agak-agak harga tiket flight Emirates ke Itali ini murah atau mahal???
Kita dah tahu lokasi tempat menarik di Rome dan juga harga tiket penerbangan ke Rome. Sekarang, kalau anda rasa mahukan percutian Eropah yang lain dari yang lain, sudah pasti ini masa untuk bercuti ke Rome.
Rancang percutian anda ke Rome dan tempah tiket penerbangan sekarang di Emirates Airline. Semoga satu hari nanti, sama-sama kita berpeluang jejakkan kaki ke Itali 🙂
Takdela mahal sangat tiket flight ke rome nie.. kena kumpul duit nie utk berjimba di italy.. ehehe
rome.. hanya mampu lihat dalam buku-buku sejarah dan filem je.. insyaAllah. akan ke sini jika da rezeki