Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Masa untuk SERVIS


Dah lebih 3 bulan, jadi sudah sampai masa utk servis.
Masa mula2 servis aku ke Naza Kia Centre, the best place utk servis kereta Kia. Tambah plak dapat FREE servis Charge (RM20) utk Labour Charge, so harus la aku ambik peluang.

Tapi, nak jadikan cerita, masa aku servis kereta situ, aku sempat la borak dengan pomen tu, katanya dia dulu kerja dengan servis Proton, skang dia pindah ke Kia. Cerita punya cerita, aku tanya la pasal camana komen dia pasal servis kereta ni, patut servis kat tempat centre atau bleh pegi mana2 workshop?
Apa yang brader pomen tu bagitau aku, memang membuka minda aku, cewahhh,,, katanya, kalau servis di servis centre yang berkaitan, sememangnya kualiti barang2 spare part, minyak hitam, filter atau alat ganti sokongan lain, boleh di jamin original. Cuma harga selalunya mahal atau berganda dari harga asal.
Tetapi, jika ke workshop biasa, yang bukan servis centre mana2 jenama kenderaan, spare parts dan barang2 alat ganti lain berkemungkinan ada yang original dan tiruan. Kita sebagai pengguna boleh memilih mana satu yang kita mahu. Dan semestinya harga murah berbanding servis centre yang terpilih.
Jadi, kita sebagai pengguna kena la pilih yang terbaik. Servis yang mahal melampau pun bukan nya bagus untuk poket kita, tetapi servis dengan alat ganti kereta tiruan membahayakan keselamatan kita pulak… Jadi, mana satu nak pilih?
Macam aku, kali pertama sajer aku ke servis center terpilih, selepas tu, servis kedua dan skang ketiga aku ke workshop biasa sahaja. Cuma dengan syarat, aku beli sendiri minyak pelincir dan filter yg aku nak. Stok ni boleh di beli di mana2 kedai alat ganti. Boleh pilih Fully Synthetic, Semi ataupun yang normal. Harga bergantung kepada kualiti produk.
Senang nak pilih dan lagi terjamin kualiti produk yg kita beli. Aku pilih Fully Syn kali ni dan ori filter. Semua dalam RM150 sahaja. Upah labour workshop biasa cuma RM10. Total RM160 sahaja dan akan bertahan sehingga 3 bulan atau 10,000 km mana yang dulu.
Bayangkan aku ke Servis centre, dgn minyak pelincir yang sama RM180, Filter RM38 dan labour charge RM20. Aku kena bayar semua dgn jumlah RM238. Aku dah jimat RM78 sekali servis, murah dan pilihan bijak kan?…
So, korang sendiri boleh nilai, mana satu lagi bagus. Selamat meng’servis’ kereta yer…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.