Masak Burger Homemade Di Dapur Rumah Sendiri
|Sejak bermula PKP bulan Mac 2020, banyak jadual harian kami semua berubah. PKP banyak mengajar kami memasak di rumah berbanding membeli makanan di luar. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan wang ringgit, malah boleh belajar teknik memasak yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebab itu, antara menu yang paling senang kami masak dirumah ialah menu Burger Homemade dari dapur sendiri.
Ada banyak lagi menu lain yang mudah untuk dicuba, tetapi kalau nak cepat, burger homemade menjadi pilihan. Daging burger memang dah siap dimasak, roti sekepin dipotong dua, ditambah dengan telur sebiji. Nak lebih sedap, tambah dengan sos cili, sos tomato, mayonis dan juga cheese. Memang menggiurkan!
Masak Burger Homemade Di Dapur Rumah Sendiri
Biasanya kami lebih suka makan Burger Daging. Patty Daging kami goreng dengan marjerin, biar rangup sedikit dan kemudian di apit dengan telur mata. Tambah sedikit sos, mayonis, dan black pepper. InsyaAllah berbaloi rasanya.
Walaupun bukan selalu, tapi menu burger homemade ini menjadi pilihan anak-anak jugak. Walau tak sehebat burger McDonalds, tapi ia memang boleh buat alas perut beberapa jam.
Namun, kalau diberi pilihan untuk singgah di restoran Burger, kami masih memilih untuk ke McDonalds sebagai pilihan utama. Paling jimat, ambil set Happy Meal, memang berbaloi untuk anak-anak. Siap dengan mainan sekali.