Pengalaman Masak Kuih Raya Di Fiesta Raya California Raisins
|Pertama kali nak cuba masak kuih raya, pertama kami juga nak Masak Kuih Raya Dengan Kismis California Raisins. Bersempena dengan kedatangan musim raya tidak lama lagi, California Raisins giat mempromosikan produk kismis mereka dalam acara media ‘Fiesta Raya California Raisins’ bertempat di Berjaya University College of Hospitality.
Ini julung-julung kali MrJocko sertai cabaran memasak kuih raya dan kali ini bertemakan kuih raya kismis.
Baca : Pengalaman Memasak US Potatoes
Masak Kuih Raya Di Fiesta Raya California Raisins
Kismis Premium Daripada California
Bagi yang jarang memasak kuih raya, kalau nak tahu, kismis ini boleh digunakan untuk memasak dalam banyak masakan seperti pastri, pencuci mulut, sup dan semestinya kek atau biskut untuk hari raya. Banyak resipi kismis atau raisins untuk memasak kek atau biskut raya boleh anda cuba.
Sempena dengan Fiesta Raya California Raisins ini, MrJocko dan Bro Maestro Ridwan kali ini mencuba memasak biskut yang dinamakan Oat Raisins Biscuit. Resipi kami adalah resipi simple untuk anda cuba di musim perayaan. Bahan-bahan yang diperlukan juga adalah mudah seperti tepung, kismis, oat, serbuk cengkih, gula, garam dan juga bahan penaik.
Fiesta Raya California Raisins
“The California Raisin Industry
On approximately 150,000 acres, over 2,000 California Raisin growers produce 100% of the U.S. raisins in an area within a 60 mile radius of Fresno, California – known as the central San Joaquin Valley. Two-thirds of the U.S. raisin production is consumed in the U.S. and Canada, while one-third is exported to nearly 50 countries with Asia and Europe being the top two export markets.”
Kami memerlukan sekitar 15 minit sahaja untuk mencampur adukkan bahan-bahan ini dan kemudian di uli untuk dijadikan ‘doh’ biskut. Kismis tadi sebaiknya direndam dul udi dalam air teh selama 10 minit untuk mengelakkan ia cepat terbakar.
Di uli dan dipenyekkan dalam bentuk biskut dan kemudian akan dibakar dalam ketuhar dengan kepanasan 140 darjah selama sekitar 15 -18 minit mengikut kesesuaian. Pastikan biskut tidak hangit yer…
Dah siap, biarkan biskut rehat selamat 10 minit dan kemudian ia boleh dihidangkan.
Walaupun kami tidak menang hari itu, MrJocko dan Maestro Ridwan tetapi bangga kerana berjaya menyiapkan biskut pertama kami dalam hidup 🙂
Rugi betul tak dapat rasa biskut korang. Raya nanti jemput sis datang rumah nak rasa biskut ni ya..hehehe
TQ Sis @HannyAbdullah Lain kali kita bertanding masak-masak lagi 🙂