• Mon. Sep 25th, 2023

Aku Sendiri Masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Masak Resipi Ketupat Sotong

Antara menu makanan ikonik orang Kelantan ialah Ketupat Sotong. Kalau balik kampung, senang saja nak makan Ketupat Sotong, tapi bila dah lama menetap di Kuala Lumpur, agak terhad nak cari menu macam ni. Sebab susah nak dapat, aku terpaksa belajar cara nak buat benda ni. Akhirnya, minggu lepas, pengalaman first time, aku sendiri masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan dari A sampai Z.

Kalau ditanya senang atau susah nak masak benda ni, aku akan kata senang saja. Menu macam ni tidak complicated sangat. Yang rumit, masa nak masukkan beras pulut ke dalam sotong saja. Yang lain senang nak buat sebab seperti tanak nasi pulut sahaja. Yang penting pandai agak campuran santan dan campuran gula melaka.

Baca : Resipi Ketupat Sotong Kelate dan Rasa Ketupat Sotong Kelantan

Masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Aku Sendiri Masak Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Masak Resipi Ketupat Sotong
 

Cara aku, aku follow camana adik perempuan aku ajar. Pertama kali, basuh dan rendam beras pulut bersama santan dan juga sedikit garam. Aku ambil masa selama 30 minit, biar ia sebati.

Basuh Sotong, asingkan kepala dan buang tulang sotong dan bersihkan bahagian dalam. Selepas itu masukkan beras pulut yang direndam tadi sehingga 3/4 bagi setiap ekor sotong.

Cucuk Lidi untuk kemaskan kepala sotong dan badan. Ia juga akan jadi pengunci kepada pulut supaya tidak terkeluar dari acuan badan sotong.

Sediakan Periuk seeloknya, Masukkan sotong dan susun sebaiknya ke dalam periuk. Tuangkan santan dan letakkan daun pandan. Masak sehingga santan pecah minyak.

Jangan lupa letakkan sedikit beras pulut lebihan di dalam periuk sebagai indicator untuk mengagak pulut apabila masak. Beras pulut akan sedikit hancur dan itu adalah syarat bahawa ia sudah masak.

Pastikan Santan jangan terlalu banyak, kerana macam aku, aku suka kuah yang agak pekat.

Bila dah masak, boleh la hidangkan.
 

Masak Resipi Ketupat Sotong

Masak Resipi Ketupat Sotong

Masak Resipi Ketupat Sotong
 

Untuk rujukan pembaca yang belum tahun tentang bahan-bahan untuk masak ketupat sotong ni, saya kongsikan resipi biasa cara orang Kelate. Kalau tak silap, orang Terengganu ada beberapa lagi tambahan bila masak ketupat sotong.

Bahan – Bahan

6 Ekor Sotong Saiz XXL
2 Cawan Beras Pulut
1 Kotak Santan
2 Ketul Gula Melaka Saiz XL
1 Sudu Garam
5 Helai Daun Pandan
12pcs Lidi Pendek (untuk cucuk kepala sotong)

Selamat Mencuba Sobat!

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.