Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Masakan Kampung Cara Emak Memang Terbaik Dan Sedap

Menu Masakan Kampung Cara Emak Memang Terbaik Dan Sedap. Itu yang buat MrJocko terpanggil untuk balik kampung.

Cuti hari Merdeka yang lepas, MrJocko dan keluarga ambil kesempatan untuk balik Beraya di Kelantan. Kami seperti biasa, bertolak balik seawal pagi Jumaat, dan sampai di kampung sekitar jam 3.00 petang. Itu dah kira perjalanan yang agak cepat dari biasa. Selalunya ia memakan masa 8 jam 🙂

Alhamdulillah, nasib baik sepanjang jalan tidak sesak seperti musim hari raya seminggu yang lepas.

Kalau masa balik kampung, salah satu benda yang best ialah bila tiba masa makan. Masakan kampung menu Mak MrJocko memang la best. Kalau ditanya korang pun, mesti korang akan kata masakan mak korang lagi best kan?

Masakan Kampung Cara Emak

Sampai sahaja di kampung, sudah boleh makan Sotong Singgam, Ayam Masak Pedas, Ikan Rebus Goreng, Sambal Ikan, Budu dan Ulam. Sebab kami dah bagitahu awal-awal kami nak balik, Mak dah prepare awal-awal lauk lebih untuk kami.

Memang meletup la kalau makan kat kampung. Sekali hadap bersila makan dengan sekeluarga, kami kenyang sangat-sangat selepas tambah nasi 2 pinggan. 😉

Ini la menu makanan kampung yang terbaik kami!!! 

 

Masakan Kampung Cara Emak
Masakan Kampung Cara Emak Memang Terbaik

 

Apa menu masakan Mak yang korang suka??? Kalau sebelah Kelantan, sudah pasti kalau dapat makan Ayam Percik, Gulai Itik Serati, Ikan Singgang, Sotong Singgang dan ulam sudah pasti akan buatkan kami gemuk tak sampai seminggu.

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.