Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Masalah Penghataran Bungkusan Musim PKP Malaysia

Kalau sebelum ini, bila tiba musim perayaan, rata-rata rakyat Malaysia mempunyai masalah dalam urusan menghantar dan menerima bungkusan mereka. Kini, sejak penularan wabak coronavirus Covid-19, di musim Perintah Kawalan Pergerakan, ia semakin meruncing. Masalah Penghataran Bungkusan Musim PKP Malaysia dialami oleh semua syarikat penghantar seperti Pos Malaysia, J&T Ekspres dan beberapa syarikat lain.

Antara sebab utama, jualan dan pembelian melalui online dan penghantaran barangan semakin meningkat. Ada yang kata, ia meningkat hampir 4 kali ganda mengakibatkan syarikat penghantara tidak mampu untuk menguruskannya dengan sebaiknya. Kelewatan dalam penghantaran barangan menjadi masalah besar, sehingga ia lewat beberapa hari, malah ada yang sangkut sehingga berminggu-minggu.

Baca : Harga Kos Penghantara Poslaju Malaysia



Masalah Penghataran Bungkusan Musim PKP Malaysia

Masalah Penghataran Bungkusan Musim PKP Malaysia 1 copy
 

Pengalaman saya sendiri dalam tempoh PKP ini, memang hampir setiap hari singgah untuk menghantar kiriman parcel pembeli. Secara peribadi saya menggunakan hanya Pos Malaysia dan juga J&T Ekspress. Itu antara syarikat yang paling trusted setakat ini, walaupun masing-masing ada kelemahannya.

Namun, setelah beberapa kali saya menggunakan perkhidmatan penghantaran ini, saya rasa ada beberapa tips mudah yang mungkin boleh membantu anda semua untuk memilih mana yang lebih bagus.
 

Masalah Penghataran Bungkusan Musim PKP Malaysia

Sebagai contoh, jika penghantaran barangan tersebut ke lokasi yang berada di kawasan berdekatan bandar besar atau pekan, sebaiknya guna perkhidmatan Poslaju. Tetapi, jika ia berada agak jauh dari kawasan bandar, ramai yang kata, lebih baik menggunakan perkhidmatan J&T Ekpress.

Dari segi kelewatan, memang bergantung kepada nasib. Dalam 10 parcel yang saya kirim, hanya 1 atau dua sahaja yang mengalami masalah kelewatan yang memakan masa lebih dari 5 hari hingga seminggu. Yang lain, Alhamdulillah, selamat sampai dan tidak pernah rosak. (Tips untuk tak nak bagi rosak, kena la bungkus dengan sebaiknya).

Kalau nak guna khidmat Poslaju di Pos Malaysia, sebaiknya, hantar disebelah pagi. Van akan mula ‘collect’ parcel sekitar jam 12.30 tengahari. Ada peluang untuk barang tersebut diproses lebih awal. Manakala syarikat J&T Ekpress pula, mereka akan proses dahulu dan menghantar barang selepas jam 6.00 petang pada setiap hari (Kalau tak silap). Namun, susunan mereka nampak lebih teratur.

Jadi, pilihan untuk guna syarikat mana mungkin boleh anda timbang berdasarkan maklumat ini dan pengalaman sendiri. Kalau nak lebih cepat ada lagi syarikat lain seperti FedEx, DHL, Mailbox dan lain-lain. Cuma syarikat-syarikat ini mengenakan kos yang lebih mahal berbanding Pos Malaysia dan J&T Ekspress.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.