Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Hokkaido punyai agak ramai penduduk yang beragama Islam. Walaupun tidak seramai yang berada di Tokyo, namun di sini ada Masjid dan juga komuniti Islam yang terdiri dari pendatang Pakistan, India, Malaysia, Indonesia dan beberapa lagi negara Islam lain. Kali ini, MrJocko rasai sendiri Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun.

Jarak antara Masjid Al Noor Otaru ini dari Otaru Canal tidak la jauh. Sekitar 800 meter dan ia boleh dilakukan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Lagipun orang Jepun kan suka jalan kaki berbanding naik kereta atau motorsikal.

Kalau dari Sapporo, ia terletak sejauh 45 km. Untuk ke sini, memakan masa selama sekitar 45 minit dengan menaiki keretapi. Kos untuk ke sini sekitar JPY1160 (MYR42) untuk sehala.

Masjid Al-Noor Otaru Hokkaido

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

masjid al noor otaru map

Untuk informasi pembaca blog Travel Blogger Malaysia MrJocko, pembangunan Masjid Al Noor Otaru ini dimulai pada bulan Jun 2008 dan ia selesai dibina pada bulan Februari 2009. Apa yang MrJocko faham, pembinaan Masjid Al Noor Otaru ini adalah hasil pembiayaan peribadi dan atas usaha Safik Mohammad, Anjum Chughtai, Shaukat Minhas dan seluruh masyarakat kota Otaru seperti Shafqat Ali Khan, Mohammad Abid, Qamar Shahid, Ashraf Khan, Mohammad Asghar, Ijaz Ahmad, Haji Yousaf, Ashraf Mughal, Abdul Razzaq, Mohammad Iltaf, Iftikhar Shah, Umair Safik dan Mughal Waqar Ahmad.

Secara mudah, masjid ini didirikan hasil derma dan duit persendirian tanpa bantuan dari pihak kerajaan.

Masjid Al Noor Otaru telah dirasmikan pada hari Jumaat, 20 February 2009.

Baca : MrJocko dan Masjid Seluruh Dunia

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Alhamdulillah, Masjid Al Noor Otaru Hokkaido secara rasmi telah terdaftar sebagai Lembaga Agama Islam oleh pemerintah Jepun pada tanggal 1 Oktober 2013. Ramai Ulama terkemuka dan peserta menghadiri upacara perasmian tersebut dari daerah negara Jepun dan ia adalah antara majlis perasmian terbaik untuk sebuah masjid di Jepun. Ketika itu, Ketua yang dipilih adalah Mr Safik Mohammad dan dua wakil ketua yang Tuan Shafqat Ali Khan dan Mohammad Abid.

Sumber : Noor-Masjid.com

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Masjid Al Noor Otaru ini mempunyai beberapa tingkat yang mana, tingkat Pertama adaah untuk ruang solat Perempuan, tingkat kedua untuk ruang solat Lelaki dan tingkat atas merupakan dewan untuk menjalankan aktiviti Pusat Islam setiap minggu.

Masjid Al Noor Otaru juga mengadakan Solat Jumaat setiap minggu. Di sekitar Otaru, ada sekitar 50 keluarga yang menetap di sini, dan mungkin ada tambahan beberapa lagi orang muslim yang melancong atau urusan kerja di kawasan ini.

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Pengalaman Singgah Di Masjid Al Noor Otaru Hokkaido Di Jepun

Untuk anda yang nak dapatkan informasi lanjut tentang Masjid Al Noor Otaru boleh layari laman web rasmi mereka di sini Masjid Al-Noor Otaru

Kalau memandu, di sini ada disediakan ruang parkir percuma. kalau datang dengan bas, memang muat. Jangan risau.

Sumber : noormasjid.com
Alamat : 5-4-27 Inaho, Otaru-shi, Postal Code : 047-0032
Email : masjidalnoor2009@GMAIL.COM
Tel : 0134 26 6488

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.