Sejarah Terbinanya Masjid Grand Mosque Taipei Di Taiwan
|Ini kali ketiga MrJocko singgah untuk solat Jamak dan Qasar di Masjid Grand Mosque Taipei. Masa kami sampai di Taipei, sudah masuk waktu Zuhur dan membawa kepada waktu Asar. Macam biasa, masjid di Taipei ini menjadi antara tumpuan penganut Islam di sini. Bagaimana ia boleh di bina di sini dan apa dia Sejarah Terbinanya Masjid Grand Mosque Taipei Di Taiwan.
Namun, kali ni rasa nak tahu sedikit tentang sejarah bagaimana masjid ini mula di bina di tengah bandaraya Taipei. Untuk informasi, Taiwam adalah sebuah negara yang majoritinya berbangsa Cina dan beragama Buddha.
Baca : Destinasi Wajib Lawat di Taipei Taiwan
Masjid Grand Mosque Taipei Di Taiwan
Masjid Grand Mosque Taipei (Masjid Besar Taipei) ini adalah masjid paling terkenal dan terbesar di Taiwan. Ia mempunyai keluasan sebesar 2,747 meter persegi. Terletak di Da’an District di tengah bandaraya Taipei. Bangunan ini kemudiannya menjadi antara bangunan utama bagi masyarakat Muslim di Taipei. Ia kemudian didaftarkan menjadi antara landmark bersejarah pada 29 Jun 1999 oleh Taipei City Government.
Sehingga kini, bangunan Masjid Besar Taipei ini menjadi destinasi Top 100 Religious Scene in Taiwan, dan menjadi antara salah satu destinasi pelancongan popular untuk pelancong, termasuk pelancong yang beragama Islam.
Selepas penyerahan Jepun kepada negara China pada tahun 1945, Chinese Muslim Association (CMA) di Nanking melantik Chang Zichun, Wang Jingzhai dan Zheng Hauren untuk menubuhkan ‘committee’ CMA di Taiwan pada tahun 1947.
Dengan perkembangan penganut agama Islam yang semakin ramai, ramai penganut Islam khususnya Chinese Muslim yang datang ke Taipei tidak punyai kemudahan untuk solat. Oleh itu, kemudiannya mereka mengutip dana untuk membina bangunan pertama di Taiwan sebagai Masjid. Mulanya mereka membina di tapak berdekatan di alamat No. 2, Lane 17, Lishui Street (麗水街), Da’an District, Taipei City.
Untuk informasi, tapak tanah ini didermakan oleh Chang Tze-chun and Cheng Hou-ren. Dengan adanya bangunan ini, orang Islam dari tanah besar China mula solat di bangunan Masjid yang baru ini pada August 1948.
Di sebabkan semakin ramai penganut Islam di sekitar Taipei khususnya, mereka kemudiannya mencari lokasi yang lebih besar untuk tujuan pembesarab Masjid ini.
Selepas dari Perang Sivil China, tahun 1950s pihak berwajib mencadangkan untuk membina bangunan masjid yang lebih besar. Di bawah pemerintahan Bai Chongxi, Shi Zizhou dan Chang Zixuan, masjid baru mula dibina oleh Continental Engineering Corporation di atas tanah seluas 2,747 m2 yang didermakan oleh Kerajaan Xinsheng South Street. Bila bangunan Masjid Grand Mosque Taipei ini siap, ROC Vice President Chen Cheng mengetuai majlis pembukaan masjid ini pada 13 April 1960.[2]
Kos pembinaan masjid ini pada ketika itu ialah sekitar USD150,000 daripada derma Shah of Iran and King of Jordan. Manakala sejumlah USD100,000 adalah pinjaman dari Kerjaan Kuomintang dan dari pinjaman hutang dari Bank of Taiwan.
Masjid Besar Taipei ini mempunyai hubungan yang agak kuat dengan wakil dari Saudi Arabia yang mana mereka masih lagi menyumbangkan banyak sumbangan wang ringgit untuk kewangan masjid. Setiap bulan Ramadhan, ramai Imam dari Saudi Arabia datang untuk tujuan Solat Terawih di masjid Grand Mosque Taipei.
Kalau ke Taipei, ini antara destinasi wajib lawat di sana. Selami budaya Muslim di Taipei dan ada banyak informasi lain tentang budaya Chinese Muslim di Taiwan yang boleh kita terokai.